Pagi tadi aku ke Bahau, hantar anak yang no 3 tu, katanya nak sambung semula kerja di kampung Selangor tu. Hantar sampai Bahau jee, kemudian dia naik bas ke Seremban, Akak & Iparnya tunggu di Seremban bawa balik ke Kapar. esok Ahad baru balik ke Sg Besar Selangor. Sepatutnya kata nya nak hantar terus balik SG Besar hari ini juga ,tapi jalan jem..... dah petang baru sampai kapar, lagi pun penat, jadi esok jee lah. Tidurlah dulu semalam kat rumah akaknya. Esok kan masih cuti, hari Isnin baru stat kerja.
MUDAH MUDAHAN SELAMAT SAMPAI DAN SELAMAT MENYAMBUNG KERJA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan