Rabu, 23 Mac 2011

Keputusan SPM 2010

    Hari ini keputusan SPM 2010 telah pun keluar. Pastinya ramai anak anak kita yang menghadapi peperiksaan tersebut menangis atau mengeluarkan air mata. menangis kerana terlalu gembira dengan keputusan yang baik. Tidak kurang juga yang menangis kerana gagal atau tidak mendapat keputusan yang baik seperti yang di harap oleh ibu bapanya.
    Bagaimana dengan keputusan SPM anak saya?...... nampaknya masa balik dari sekolah ceria saje....
Setelah saya tengok, saya pun menarik nafas lega, BERSYUKUR dengan  setakat mana yang di perolihinya. Alhamdulillah...... semua nya lulus. kata orang cukuplah makan. Ia mendapat 2A, 2B, 4C dan 1D. 9 mata pelajaran semuanya lulus.
   Nak masuk IPTA kee.... entahlah, tak munkin terpilih, sebab terlalu ramai lagi orang lain yang mendapat keputusan yang lebih baik. Kalau masuk IPTS...... rasa rasanya pasti saja di terima. Soalnya duit sajalah yang perlu di sediakan.
     Walaubagaimana pun bersyukur lah dengan apa yang di perolihinya. Yang penting didiklah anak anak kita menjadi orang yang beriman/bertaqwa kepada ALLAH. Dan menjadi orang yang berguna hidup di dunia yang sementara ini. Amin......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan