Pagi lagi hari dah hujan............... nak kemana?. Tak kemana pon.
Apa lagi on saje lah internet, baca apa apa berita. Dah puas apa lagi muat turun lagi lelagu MP3 secara percuma, lebih 30 lagu aku turunkan hari ni, lagu-lagu irama 70 an. Best jugak.
Jadi peneroka ni memang hidup senang, tak payah kerja pon dapat jee duit. Hasil sawit kini di harga yang tinggi. Nasib lah dapat peneroka sawit, tidak getah, kalu getah cam ne nak gi noreh... hujan jee ni. Tapi tak per hujan rahmat, bukannya selalu, ada masa nanti boleh sambung noreh, Getah pun mahal jugak sekarang ni, kaya kaya orang yang ada kebun getah.
Walau bagaimana pun BERSYUKURLAH selalu dengan apa yang di berikan ALLAH terhadap hambanya.
Blog ini memaparkan kisah kisah biasa yang terkini seperti pengalaman kehidupan harian AhbA sahaja.
Rabu, 30 Mac 2011
Selasa, 29 Mac 2011
Program GPW di Balai Raya SH 04
Hari ini berlangsung beberapa acara menarik di Balai Raya SH04. Di antaranya seawal pagi tadi acara Senam Robik, kemudian gotong royong membersihkan sekitar kawasan Balai Raya dan bangunan Belia SH 04. lepas tu biasa lah mesti ada minum dan makan makan kueh-mueh.
Yang menariknya ada juga promosi dari KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST) memperkenalkan kursus yang di tawarkan, terutama nya Program Sains Kesihatan dan yang berkaitan dengan nya. Di samping itu juga mereka menawarkan pemereksaan tekanan darah, dan kandungan gula dalam darah secara percuma. Kepada anak anak yang berminat menyertai nya boleh lah mendaftar masuk. Keduanya ada juga promosi penjagaan mata (penglihatan). dan yang ketiganya promosi rawatan dan penjagaan badan dari HPA. Perubatan herba secara Islam.
Ramai jugalah yang mencuba dan membeli ubat ubat yang di tawarkan dengan harga promosi. ada juga perkhidmatan berbekam yang di lakukan nya, Eh.... ramai juga yang berbekam tu.....
Di akhir acara, ada pulak cabutan nama bertuah, dapat hadiah tu, aku pun tak sangka dapat jugak hadiah sehelai T Shirt berlogo kolej KIST. Terima kasih banyak banyak...............................
Dan yang best nya sebelum balik kerumah ada pulak di sediakan makan tengahari. Apa lagi makan lah kita, lauk kari daging & sayur kobis goreng serta ikan masin..... puihh... selera sungguh...
TERIMA KASIH SEKALI LAGI BANYAK BANYAK...............

Isnin, 28 Mac 2011
Muat turun MP3
Seharian hari ini tak kemana mana. Duk rumah jee, habis2 keluar sampai pintu pagar jee. Malas nak kemana2. Apa lagi kat rumah ON LINE internet saje la. Apa yang ku buat, nak tau kee?. Muat turun lagu lagu MP3 secara percuma. Betul ke Percuma betul lah kot, sebab tak de kena bayar pon, yang kena bayar cuma perkhidmatan internet DIGI, RM.200 sehari. Syok jugak muat turun lelagu ni, lebih2 lagi lagu lama lama, tahun 60an dan 70an punya lagu, yang dah tak de di pasaran, apa lagi kita cedok lah.
Bukannya untuk di jual atau tatapan umum.... hanya kegunaan peribadi sendiri saja, pasang dengar kat komputer sendiri , ok jugak.

Ahad, 27 Mac 2011
Tak ada LINE DIGI
Semalam dari tengahari sampailah kemalam, tak ada line DIGI. Tak tau aper sebab nye. Apa boleh ku buat, komputer bagaikan kereta kehabisan minyak, tak dapat nak merayau kemana mana pon. dok tengok jee komputer dengan citer2 yang dah lama di buat atau di simpan. Nak taip Blogger pun semalam tak dapat. Jadi pagi ini baru ada kesempatan. Baik hari ini aku tak de kerja mana2, dok rumah jee lah mengadap komputer. boleh downlood apa apa video atau pun lelagu MP3.
Sebut pasal line ni, aku hanya guna Broadband DIGI prepaip. Mudah dan senang. Ada duit topop jee lah, kalau RM10.00 dapatlah belayar 6 hari, ok lah tu. Kalau malas simpan jee lah brodband (tak tengok internet) tak de lah keluar duit. Tapi asalkan jangan sampai lebih 3 bulan simpan, nanti kena potong.......
OK SELAMAT MAJU JAYA................

Sabtu, 26 Mac 2011
Nana balik ke Selangor
Pagi tadi aku ke Bahau, hantar anak yang no 3 tu, katanya nak sambung semula kerja di kampung Selangor tu. Hantar sampai Bahau jee, kemudian dia naik bas ke Seremban, Akak & Iparnya tunggu di Seremban bawa balik ke Kapar. esok Ahad baru balik ke Sg Besar Selangor. Sepatutnya kata nya nak hantar terus balik SG Besar hari ini juga ,tapi jalan jem..... dah petang baru sampai kapar, lagi pun penat, jadi esok jee lah. Tidurlah dulu semalam kat rumah akaknya. Esok kan masih cuti, hari Isnin baru stat kerja.
MUDAH MUDAHAN SELAMAT SAMPAI DAN SELAMAT MENYAMBUNG KERJA.

Jumaat, 25 Mac 2011
MASJID SHK
Hari ini boleh lah di katakan sebagai satu sejarah. ini kerana pada hari ini Jumaat YAMTBNS (Tuanku Besar Negeri Sembilan) telah datang ke masjid kami dan sama sama menunaikan sembahyang jumaat bersama rakyatnya. selesai solat Tuanku bersalaman dan beramah mesra dengan rakyat jelata dan memberikan (Ampau) kepada anak anak kita. Terima kasih Tuanku.
Kami sebagai rakyat khususnya yang tinggal di kareah Masjid SHK ini tentunya merasa bangga, terharu dan merasa seronok di atas kehadiran Tuanku. Semuga bertambah tambah lagi keberkatan hidup kami semua. DAULAT TUAN KU. Sembah patik harap di ampun.

Khamis, 24 Mac 2011
Bacaan YASIN/Tahlil
Setiap malam Jumaat kami kariah surau (F)SH 04 akan mengadakan majlis bacaan Yasin atau pun tahlil secara bergilir mengikut Blok. Malam ni giliran Blok 01. Bermula dengan jemaah sembahyang magrib, seterusnya bacaan YASIN atau Tahlil dan solat Isyak. selepas itu ada lah jamuan makan yang di sediakan oleh blok tersebut.
Bagitulah rutin nya kehidupan kami di Felda ini. Pada peringkat permulaan dulu, sebelum surau di bena di tempat kami ini, majlis ini berjalan dari rumah kerumah mengikut giliran penduduk di FSH 04 ini. meriah sungguh dan seronok. Tapi sejak kebelakangan ini, kami hanya buat di surau pada setiap malam jumaat.
Walau bagaimana pun kumpulan GPW (gerakan persatuan wanita) Felda SH 04 ini masih meneruskan bacaan Yasin dari rumah kerumah, mengikut giliran sehinggalah sekarang. Ia di buat pada setiap petang jumaat bermula jam 3.00 ptg di ikuti juga dengan jamuan makan yang di sediakan oleh tuan rumah.
Alhamdulillah............... segalanya masih berjalan lancar. semuga bertambah berkat lagi kehidupan kami di Felda SH 04 ini. Amin.................

Rabu, 23 Mac 2011
Keputusan SPM 2010
Hari ini keputusan SPM 2010 telah pun keluar. Pastinya ramai anak anak kita yang menghadapi peperiksaan tersebut menangis atau mengeluarkan air mata. menangis kerana terlalu gembira dengan keputusan yang baik. Tidak kurang juga yang menangis kerana gagal atau tidak mendapat keputusan yang baik seperti yang di harap oleh ibu bapanya.
Bagaimana dengan keputusan SPM anak saya?...... nampaknya masa balik dari sekolah ceria saje....
Setelah saya tengok, saya pun menarik nafas lega, BERSYUKUR dengan setakat mana yang di perolihinya. Alhamdulillah...... semua nya lulus. kata orang cukuplah makan. Ia mendapat 2A, 2B, 4C dan 1D. 9 mata pelajaran semuanya lulus.
Nak masuk IPTA kee.... entahlah, tak munkin terpilih, sebab terlalu ramai lagi orang lain yang mendapat keputusan yang lebih baik. Kalau masuk IPTS...... rasa rasanya pasti saja di terima. Soalnya duit sajalah yang perlu di sediakan.
Walaubagaimana pun bersyukur lah dengan apa yang di perolihinya. Yang penting didiklah anak anak kita menjadi orang yang beriman/bertaqwa kepada ALLAH. Dan menjadi orang yang berguna hidup di dunia yang sementara ini. Amin......................

Selasa, 22 Mac 2011
CEK, KIRA DAN KEMAS
Tajuk di atas adalah perkara rutin yang harus aku lakukan setiap kali ahli blok 04 membuat kenduri besar. maksud aku ialah balai/khemah/meja/kerusi/periok/kawah/pinggan/cawan/besen/jug/gelas/sudu dan sebagainya barang2 keperluan kenduri. semuanya kena kira dan kemaskan semula untuk di simpan di dalam stor. kok ada yang hilang/patah/pecah atau rosak kenalah si pengguna yang kena ganti.
Hari sabtu lepas ada la jiran kita ahli blok 04 buat kenduri kahwin anaknya, kenduri besar, 2 ekor lembu tumbang, 150 ekor ayam kena sembelih....... jemputannya 3000 orang, ramai tu.... meriah.... tapi yang penatnya kita oranglah semua yang menjayakan nya. sebab kita orang masih amalkan gotong royong.....seronok.
Jadi dapatlah jimat belanja sikit....
Tuan rumah.... penat jugak, lagi penat/letih sampai tak nyenyak tidur malam.
Dah lah keluar banyak duit belanja.............
Tapi tak pee, janji hati puas...............
Lagi pun lagi ramai jemputan, lagi banyaklah duit salam kerok yang masuk Hee Hee Heee.
Itu jee cerita hari ni.
Oppp... nak selitkan gambar pengantin lah sekeping. OK

Isnin, 21 Mac 2011
PERGI KLINIK
Bangun pagi tadi terpaksalah tak bersarapan, kena puasa sebab nak pergi klinik, misi nak ambil darah nak tengok kandungan gula dalam darah. pas tu cek pula tekanan darah, alhamdulillah masih di paras normal 110/70, OK la tu. ingatkan naik tinggi sebab banyak kenduri, makan daging, ayam itu ini, semuanya di balum semacam jee. tapi yang tak sedapnya masa timbang berat badan pula naik, tambah sekilo lagi jadi dah 78 kg. patut lah pakai seluar dah jadi ketat, sendat rasa kat perut yang makin membuncit. Cam ne nak kuruskan badan yee?. rasanya makan macam biasaa jee, tak de banyak mane pun. Agaknya kurang bersenam kut, Tak pernah bersenam PON..............
Tapi tak pee la kot, umur pun lebih setengah abad, asalkan sihat sudahlah. BERSYUKUR LAH......

Ahad, 20 Mac 2011
PERTAMA
Assalamualaikum
kepada semua pembaca pembaca blog
ini adalah merupakan blog saya yang pertama
itu pun di sebabkan ianya percuma
sebenarnya saya pun tak tahu apa nak di taip di sini
nak menaip yang bukan bukan
nanti ada pulak orang yang marah
tapi insyaaalah................. saya kan cuba isi yang baik baik je
tunggu jee lah di lain hari. OK

Langgan:
Catatan (Atom)