Sungguh malang nasib ku malam ni. Tak kesampaian hajat ku nak ke Masjid bersama isteri untuk menunaikan Solat Tarawikh. Sebaik saja isteri ku keluar, di ikuti oleh aku yg menggenggam serangkai kunci, pintu pun ku tutup, tap terkunci sudah yg dalam, kemudian nak kunci pula pintu grill, ku belek anak kunci, sungguh malang itu bukan kunci rumah, itu kunci moto adik ku saja. tidak ada kunci rumah.
Aku jadi bingung seketika, macam mana nak buat ni, pintu dah terkunci, sedangkan anaknya dan kunci kereta masih tertinggal kat dalam rumah. Isteri aku pun tak tau nak buat macam mana..... bingung. Akhirnya aku dapat akal, aku cari kayu panjang, ikat tali besar kat hujung kayu, dan cuba pancing tombol kunci kat dalam dari tingkap tepi, malang juga sampai tercabut tali, namun tombol kunci tak mahu terpusing. Isteri aku pula dapat akal, dia bagitau cuba pancing anak kunci yg tergantung kat dinding tu. Aku pun cari pula dawai besar, ikat kat hujung kayu panjang tu, cuba lagi memancing nya, berkali kali........... akhirnya berjaya juga aku menarik anak kunci itu ke luar rumah melalui tingkap.
Alhamdulillah........ syukur sesangat syukur, dapat kami buka pintu semula. Tengok jam dah hampir 9.30 malam, tak sempat dah nak ke masjid. Kami pun masuk sajalah ke rumah dan menunaikan solat Isyak sahaja. Ini satu pengajaran bagi diri ku, lain kali tenguk betul betul anak kunci yang di bawa itu pastikan betul kunci nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan