Setiap tahun di bulan Ramadhan jee, wujud lah bazar ni. Seronok juga ada bazar sebegini, kalau malas nak masak sendiri, kan senang beli jee di bazar, pelbagai pilihan lauk pauk, kuih muih dan sebagainya bahan makanan untuk berbuka puasa. Kalau dah tinggal berdua ni memang rasanya lebih jimat beli jee lauk dah siap, biasa beli tak sampai RM10 pun dah cukup, cuma kat rumah perlu masak nasi jee. Kita dah tua tua banyak mana nak makan. Kalau di ikutkan hawa nafsu memang lah semuanya menyelerakan, semuaanya nampak sedap, semuanya mahu di beli, konon nya nanti tak kenyang atau tak cukup.
Pada hal bila dah mula berbuka puasa dengan minum air, makan sebiji kurma, di ikuti makan sepotong kuih dah terasa kenyang nya. tuu belum sumbat nasi serta lauk nya lagi. Apa perlunya beli banyak banyak sampai tak terhabis makan........... membazir jee. Beli lah sekadar secukupnya saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan