Hari ini masuklah 23 hari sudah kita berpuasa. Senang mengiranya kerana ia bersamaan bulan masihi ia itu 23 Ogos hari ini. Mengikut kelendar, Tarikh Hari Raya jatuh pada 30 Ogos. Bermakna seminggu saja lagi kita berpuasa. Dan kalau betul tarikh tu 30 Ogos Hari Raya, kita hanya berpuasa 29 hari untuk ramadan tahun ini. Tak kisah lah tu, Sebulan juga nama nya.
Seminggu lagi nak raya, sudah terasa kemeriahannya. Ramai orang yang memasang pelita di sekeliling halaman rumah masing masing, tidak kurang juga yang memasang lampu neon klip klip yang di beli di pasaraya. Sesak pekan/bandar setiap kali menjelang raya. Lagu lagu Raya sudah banyak kedengaran di radio radio mahu pun di kedai kedai pakaian atau pun di pasaraya. memang meriah pasal nak raya.
Yang tak seronoknya............. kenapa yang hadir ke masjid untuk bertarawikh semakin berkurangan. Sepatut nya di 10 malam penghujung ni lah kita menggandakan amal ibadat kita untuk mendapatkan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat serta mendapat pengampunan dari ALLAH swt di atas segala dosa dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Ya ALLAH..... ampunilah segala dosa dosa ku dan gulungkan aku ke dalam orang orang yang KAU terima untuk masuk ke Syurga mu........... Amin..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan