Dua hari lepas aku beli satu lagi Broadband baru dari Celcom siap dengan modem nya sekali. Kali ini aku nak cuba melanggan Celcom RM48.00 untuk sebulan. Modem nya kena beli lagi lah RM100.00.
Sebaik saampai kat rumah, aku pun cubalah pasang kat laktop aku untuk install. terus cuba melayari internet. Alhamdulillah nampak lebih laju dari broadband Digi yg aku guna sebelum ini. Terasa juga puas sedikit hati ini. Seebelum ini aku guna Digi prepaid dgn kadar RM2.00 sehari, kalau sebulan dah jadii RM60.00. Sedangkan kelajuan nya aku tengok tk pernah melebihi 150kb/saat. Tapi setelah guna Celcom ini kelajuannya boleh mencapai 750kb/saat, kira laju lah tu. Kalau tengok Video tak lah sangkut2 lagi, melainkan line saja kekadang kurang clear. Walau bagaimana pun syukurlah Alhamdulillah, terasa lah seronoknya bila mengadap internet yang laju begini. Itu belum lagi guna pekej yang RM98.00 punya, itu sudah pastilah laju sesangat. Insyaalah kalau keadaan mengizinkan satu hari nanti akan aku meencubanya.
Blog ini memaparkan kisah kisah biasa yang terkini seperti pengalaman kehidupan harian AhbA sahaja.
Rabu, 24 Ogos 2011
Kunci tertinggal kat dalam
Sungguh malang nasib ku malam ni. Tak kesampaian hajat ku nak ke Masjid bersama isteri untuk menunaikan Solat Tarawikh. Sebaik saja isteri ku keluar, di ikuti oleh aku yg menggenggam serangkai kunci, pintu pun ku tutup, tap terkunci sudah yg dalam, kemudian nak kunci pula pintu grill, ku belek anak kunci, sungguh malang itu bukan kunci rumah, itu kunci moto adik ku saja. tidak ada kunci rumah.
Aku jadi bingung seketika, macam mana nak buat ni, pintu dah terkunci, sedangkan anaknya dan kunci kereta masih tertinggal kat dalam rumah. Isteri aku pun tak tau nak buat macam mana..... bingung. Akhirnya aku dapat akal, aku cari kayu panjang, ikat tali besar kat hujung kayu, dan cuba pancing tombol kunci kat dalam dari tingkap tepi, malang juga sampai tercabut tali, namun tombol kunci tak mahu terpusing. Isteri aku pula dapat akal, dia bagitau cuba pancing anak kunci yg tergantung kat dinding tu. Aku pun cari pula dawai besar, ikat kat hujung kayu panjang tu, cuba lagi memancing nya, berkali kali........... akhirnya berjaya juga aku menarik anak kunci itu ke luar rumah melalui tingkap.
Alhamdulillah........ syukur sesangat syukur, dapat kami buka pintu semula. Tengok jam dah hampir 9.30 malam, tak sempat dah nak ke masjid. Kami pun masuk sajalah ke rumah dan menunaikan solat Isyak sahaja. Ini satu pengajaran bagi diri ku, lain kali tenguk betul betul anak kunci yang di bawa itu pastikan betul kunci nya.

Isnin, 22 Ogos 2011
Hari ini 23 Ramadhan
Hari ini masuklah 23 hari sudah kita berpuasa. Senang mengiranya kerana ia bersamaan bulan masihi ia itu 23 Ogos hari ini. Mengikut kelendar, Tarikh Hari Raya jatuh pada 30 Ogos. Bermakna seminggu saja lagi kita berpuasa. Dan kalau betul tarikh tu 30 Ogos Hari Raya, kita hanya berpuasa 29 hari untuk ramadan tahun ini. Tak kisah lah tu, Sebulan juga nama nya.
Seminggu lagi nak raya, sudah terasa kemeriahannya. Ramai orang yang memasang pelita di sekeliling halaman rumah masing masing, tidak kurang juga yang memasang lampu neon klip klip yang di beli di pasaraya. Sesak pekan/bandar setiap kali menjelang raya. Lagu lagu Raya sudah banyak kedengaran di radio radio mahu pun di kedai kedai pakaian atau pun di pasaraya. memang meriah pasal nak raya.
Yang tak seronoknya............. kenapa yang hadir ke masjid untuk bertarawikh semakin berkurangan. Sepatut nya di 10 malam penghujung ni lah kita menggandakan amal ibadat kita untuk mendapatkan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat serta mendapat pengampunan dari ALLAH swt di atas segala dosa dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Ya ALLAH..... ampunilah segala dosa dosa ku dan gulungkan aku ke dalam orang orang yang KAU terima untuk masuk ke Syurga mu........... Amin..........

Berbuka puasa bersama MB di masjid SHK.
Citer ni sudah pun berlalu ia itu pada 17 Ramadhan bersamaan 17 Ogos tempohari. Tinggal lagi tiada kesempatan untuk aku menulis di dalam blog ini.
Dari pagi lagi ahli qariah masjid SHK sudah bergotong royong menyediakan persiapan untuk majlis tersebut. 2 ekor lembu tumbang di sembelih untuk menjamu tetamu yang datang. Juga lauk lauk tambahan lain seperti sambal ikan keli, pejeri nenas dan macam macam lagi. Biasa lah tuu. Bukan sikit belanja di perlukan, tapi tak kisah lah, Negeri/Negara kita mampu mengadakannya. Kalau kita lihat di luar Negara, ada yang kebuluran, tiada makanan akibat kemarau, atau masalah lain seperti peperangan atau pergaduhan sesama kaum.
di Negara kita.......... Syukur Alhamdulillah, tidak terjadi semua itu. Negara kita aman, tiada kekurangan makanan, bah kan melimpah limpah makanan. Apa saja bentuk makanan yg di kehendaki semua nya ada. Tidak keterlaluan kalau aku katakan, orang di Malaysia ini tidak akan mati kebuluran, tetapi sebaliknya boleh mati kerna banyak makan. Renung renungkan lah...........

Ahad, 14 Ogos 2011
Bazar Ramadhan
Setiap tahun di bulan Ramadhan jee, wujud lah bazar ni. Seronok juga ada bazar sebegini, kalau malas nak masak sendiri, kan senang beli jee di bazar, pelbagai pilihan lauk pauk, kuih muih dan sebagainya bahan makanan untuk berbuka puasa. Kalau dah tinggal berdua ni memang rasanya lebih jimat beli jee lauk dah siap, biasa beli tak sampai RM10 pun dah cukup, cuma kat rumah perlu masak nasi jee. Kita dah tua tua banyak mana nak makan. Kalau di ikutkan hawa nafsu memang lah semuanya menyelerakan, semuaanya nampak sedap, semuanya mahu di beli, konon nya nanti tak kenyang atau tak cukup.
Pada hal bila dah mula berbuka puasa dengan minum air, makan sebiji kurma, di ikuti makan sepotong kuih dah terasa kenyang nya. tuu belum sumbat nasi serta lauk nya lagi. Apa perlunya beli banyak banyak sampai tak terhabis makan........... membazir jee. Beli lah sekadar secukupnya saja.

Selasa, 9 Ogos 2011
Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh
Hari ni dah masuk 10 hari kita berpuasa. Tidak terlambat lagi aku ucapkan Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk terus diizinkan Allah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. Ku Pohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika terdapah salah dan silap daku selama ini.
Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh Sepanjang Ramadhan diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:
malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
malam 2:
Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
malam 3:
Berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’
malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.
malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.
malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini
malam 7:
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nNabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.
malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.
malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
malam 14:
Datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
malam 15:
Semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.
malam 18:
Seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.
malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).
malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar
malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat
malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”
Ahad, 7 Ogos 2011
Amy dah dapat kerja
Pagi tadi riuh rendah rumah ni, anak anak balik. Tapi mula petang tadi kembali sunyi tinggal berdua. Amy dan Nana dah balik semula keBangi. Shafiq pula dah balik ke asrama. Nana dah lebih 2 bulan lah kerja kat Bangi tu. Tapi kerja di TASKA dekat situ. Dan Nana kini pun telah di tawarkan menjadi Cikgu Tadika pula. Baguslah kalau begitu.Tapi Amy besok baru stat kerja. Entah apa nama kerja nya, aku tak tahu menyebut nya, tapi ada kaitan lah dengan apa yang di pelajari nya selama ini, ia itu bidang Animasi.
Tempat kerja nya pun dekat Bangi juga, ia itu tempat Amy praktikal tempohari. Dari pada 4 orang kawannya yang sama sama praktikal di situ dulu, hanya Amy sorang saja yang di pilih dan di panggil nya untuk terus bekerja dengan Bos nya itu. Kata Bos nya Amy OK boleh buat kerja dan bagus........ Alhamdulillah Tak susah susah Amy nak cari kerja, kerja pula mencari dia. Tengok pada keputusan pepereksaan nya pun memang cukup baik, terbaik dari keseluruhan pejajar kolej nya. Syukur Alhamdulillah.
Ayah harap teruskan lah kerja se baik baik nya, sehingga mendapat kepercayaan dari majikannya.

Khamis, 4 Ogos 2011
Internet Lembab
Dah 4 malam aku nak bukak blog ini, tapi tak dapat dapat, baru malam ni dapat bukak, itu pun kena tunggu lebih 10 minit. Semalam dan kelmarin tunggu sampai hampir 1 jam tapi tak muncul muncul. Boring betul di buatnya, buang masa betul. Macam mana orang nak minat bukak internet kalau macam ni selalu.
Aku ni di kira orang yang minat juga hal internet ni, tapi kalau dah nak bukak sesuatu tunggu sampai berjam jam, boring lah, menyampah jadi nya. Apalah perlunya ada internet kalau susah nak bukak sesuatu laman. Contohnya nak bukak surat khabar lah, tunggu sampai berjam jam, buang masa, tapi tak muncul muncul, apa faedahnya. Lebih baik beli saja surat khabar biasa, senang dan pantas dapat maklumat.
Kenapa internet tidak di buat berkelajuan tinggi macam TV. TV tu senang pulak bukak nya, padahal percuma saja, senang dengar dan melihat berita. Sedangkan TV pun ramai orang tak suka tengok berita, apa lagi melalui internet, nak cari dan tunggu berjam jam........... tak payah lah.
Aku rasa lah, kalau internet ini berkelajuan tinggi macam TV, pasti ramai juga penggunanya. Melalui internet berbayar, macam aku ni RM2.00 sehari, tapi kalau tak ada hasil yang di perolihi dan hanya membuang masa saja berjam jam melihat screen kosong putih apa guna nya.
Entah lah.................... Dah boring aku dengan internet ni. Harap MAAF.

Langgan:
Catatan (Atom)