Mendengar saja pengumuman majlis Raja Raja di Malaysia melalui kaca TV tadi, maka sah lah esok kita bermula puasa bagi Ramadhan 1432 Hijrah untuk tahun ini. Alhamdulillah mari lah kita sama sama bersyukur ke hadrat ALLAH swt, kerana di panjangkan lagi usia, dapat lagi bertemu Ramadhan untuk tahun ini, untuk sama sama kita mengerjakan ibadah Puasa sepanjang Ramadhan ini.
Dan malam ini juga bermula nya sembahyang Tarawikh di ikuti Witir. Di masjid SHK ini sembahyang Tarawikh hanya 8 rakaat dan di imamkan oleh anak anak Tahfiz yang telah menghafal Al Quran 30 juzuk. Sehabis 8 rakaat Tarawikh di ikuti dengan sembahyang Witir 3 rakaat dan disudahi dengan bacaan Tahlil dan Doa. Sebelum balik adalah jamuan More yang di sediakan secara bergilir gilir oleh penduduk SHK ini. Bagi aku biasanya terus balik saja, malas nak makan makan, selalunya dah kenyang pun. Alhamdulillah..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan