Ahad, 3 Julai 2011

Kenduri Kawen

     Semalam ramai org buat kenduri kawen, Hari ni juga ada lagi kenduri kawen. Asal hari sabtu & ahad jee pasti ada jee orang buat kenduri. Yang peliknya kad jemputan selalu sampai kat peti surat, diaorang ni main taruh jee kee?. tak kira kenal atau tidak, jemput sajalah. Bagi aku kalau tak kenal tak ingin aku pergi, kalau kenal sikit sikit tu tak pee jugak, ada kawan bolehlah pergi jenguk. kalau tidak wassalam la.......
     Hari ni tadi aku pergi kat kenduri kawen di blok 6 saja, tempat lain malas nak pergi, tak de yang kenal. kat blok 6 ni dari semalam lagi aku dah datang rewang, cincang daging lembu. Hari ni datang makan jee lah lagi, bagai orang jemputan, padahal tuan rumah jemput mulut, datang rewang sekali. OK lah tu kan. Dan hari ni juga sempat aku ambil beberapa keping gambar pengantin. Ini aku selitkan sekeping saje...OK

Nak muat naik gambar tak bleh pulak. Apa hal nye Nih......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan