Sebelum solat Jumaat tadi sempat aku berkunjung dan menjamu selera di rumah seorang jiran, atas undangan nya yang membuat kenduri doa selamat kerana telah selamat menikah pada sebelah pagi tadi. Yang aku maksud kan kedua dua nya itu jiran sekampung. Seorang duda dan seorang lagi janda, elok betul lah tu mereka bertemu jodoh di dalam tanah rancangan yang sama. Yang baik nya mereka berdua mendapat restu dari keluarga masing masing. dan di sukai oleh semua teman dan jiran.
SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan kepada kedua mempelai. Alhamdulillah, bersyukur lah kepada ALLAH, semuga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan