Mendengar saja pengumuman majlis Raja Raja di Malaysia melalui kaca TV tadi, maka sah lah esok kita bermula puasa bagi Ramadhan 1432 Hijrah untuk tahun ini. Alhamdulillah mari lah kita sama sama bersyukur ke hadrat ALLAH swt, kerana di panjangkan lagi usia, dapat lagi bertemu Ramadhan untuk tahun ini, untuk sama sama kita mengerjakan ibadah Puasa sepanjang Ramadhan ini.
Dan malam ini juga bermula nya sembahyang Tarawikh di ikuti Witir. Di masjid SHK ini sembahyang Tarawikh hanya 8 rakaat dan di imamkan oleh anak anak Tahfiz yang telah menghafal Al Quran 30 juzuk. Sehabis 8 rakaat Tarawikh di ikuti dengan sembahyang Witir 3 rakaat dan disudahi dengan bacaan Tahlil dan Doa. Sebelum balik adalah jamuan More yang di sediakan secara bergilir gilir oleh penduduk SHK ini. Bagi aku biasanya terus balik saja, malas nak makan makan, selalunya dah kenyang pun. Alhamdulillah..............
Blog ini memaparkan kisah kisah biasa yang terkini seperti pengalaman kehidupan harian AhbA sahaja.
Ahad, 31 Julai 2011
Khamis, 21 Julai 2011
Roadtax & Insyurance dah nak habis tempoh.
Pejam cecik pejam celik, dan sampai setahun lagi untuk bayar cukai jalan dan insyurance kereta. Semalam aku pergi bayar RM447.00 lagi untuk tempoh setahun lagi. Itu baru kereta kancil, kalau lagi besar keretanya dah tentu makin besar juga roadtax dan insyurancenya. Lagi pun masalahnya geran nya masih di tangan Bank, tu pasal insyurance nya masih tinggi. Lain lah kalau kereta tu dah tak ada hutang, boleh lah ambil insyurance yang paling murah. Sabar jee lah, kalau tak ada apa apa, 3 tahun lagi langsai lah hutang dengan bank tu.
Selasa, 19 Julai 2011
HARD DRIVE 500GB
Hari ini satu lagi Gajed komputer baru aku beli ia itu HARD DRIVE 500GB (imation). Ia sebenarnya merupakan satu alat untuk simpanan segala data seperti gambar, musik, video dan sebagainya. Cukup mudah di gunakan, ia cuma memerlukan sambungan USB saja. Nak menyalin data cuma perlu Copy dan Paste saja. Atau lebih mudah dengan cara menyeret saja terus Fail/Folder dari komputer/Laktop ke Hard Drive.
Atau pun kalau membuat data baru, boleh saja terus savekan ke HardDrive tersebut. Kalau nak pindahkan data ke komputer lain pun boleh, cuma cabutkan sambungan USB dan cucukkan ke komputer lain, Tak perlu install apa apa, komputer akan bertindak sendiri mencari nya. Begitu mudah dan canggih nya dunia maya kini. Kadang kadang terfikir macam tak masuk akal pula, macammana benda itu boleh menyimpan data sebegitu banyak. Cuma AWAS jangan sampai rosak jee. Kalau dah Rosak, tak dapatlah nak tengok apa apa lagi isi kandungannya. Hilang lah jawapannya.

Sabtu, 16 Julai 2011
Musim Durian Sudah Tiba
Asal sendawa terasa durian, Malam ni aku tak makan nasi, cuma makan Durian dan Ayam KFC saje. Bini dan anak menantu aku tadi balik kampung, kutip durian Atoknya. Khabarnya tersangat banyaknya lah buah durian tahun ini, puas betul mereka makan. Adalah di bawa balik lebih kurang 20 biji, Aku pun bedal lah habis juga lah sebiji, tak larat nak makan banyak banyak. Takut pening kepala, Naik darah tinggi pulak nanti.
Anak aku yg no 3 pulak balik petang ni belikan ayam KFC sampai lebih RM50.00. Tu pun aku bedal seketul setengah saja laratnya. Rasa nak termuntah pulak. Jangan sampai esok pagi tak bangun sudah lah. Rezeki kerja tengah banyak ni...

Jumaat, 15 Julai 2011
Duda bertemu Janda
Sebelum solat Jumaat tadi sempat aku berkunjung dan menjamu selera di rumah seorang jiran, atas undangan nya yang membuat kenduri doa selamat kerana telah selamat menikah pada sebelah pagi tadi. Yang aku maksud kan kedua dua nya itu jiran sekampung. Seorang duda dan seorang lagi janda, elok betul lah tu mereka bertemu jodoh di dalam tanah rancangan yang sama. Yang baik nya mereka berdua mendapat restu dari keluarga masing masing. dan di sukai oleh semua teman dan jiran.
SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan kepada kedua mempelai. Alhamdulillah, bersyukur lah kepada ALLAH, semuga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.
SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan kepada kedua mempelai. Alhamdulillah, bersyukur lah kepada ALLAH, semuga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.
Khamis, 14 Julai 2011
Papan tanda Blok 04
Dah di saat akhir, baru suruh nak buat, boleh siap kee?. Tak boleh lah. Badan dan berumur mana boleh di paksa paksa nak buat kerja macam orang muda. Masa tinggal 2 hari dari semalam mula buat, esok patut mesti siap. mana nye boleh siap. Dah lah kerja sorang sorang, letih bukan kepalang. mau tak mau buat jee lah pelan pelan. petang tadi baru siap plasta, esok nak menyimen melantai pulak. Lusa pasang bumbung, mengecat, taruh bunga, Ehhhh banyak lagi kerja nya.
Felda menganjurkan semua blok blok di dalam rancangan mesti membuat papan tanda nama ahli blok masing masing. Felda bagi peruntukan RM300.00 saja, selebihnya kenalah blok itu sendiri yang tanggung. Ada blok yang membelanjakan lebih RM3000.00 untuk tujuan tersebut, memanglah cantik dan teguh. Tak hairan pun kalau ianya menang nanti. Tapi ada juga blok yang belum membuat papan tanda tersebut, kesian......................... apa sebabnya tak tau lah.
Bagi blok 4 ini, nak bertanding dah tak sempatlah untuk tahun ni, sehari 2 lagi pengadilan akan di buat. Melepaslah nampaknya blok 04. Kalau tengok pada rupa tu, mau juga harganya mencecah lebih RM2000.00. Insyaallah lah tahun depan boleh lah masuk bertanding.

Rabu, 13 Julai 2011
Ceramah Israk Mikraj di Masjid
Saban tahun di adakan majlis ceramah israk dan mikraj di masjid masjid mahu pun surau surau. Malam ni aku baru balik dari ceramah israk mikraj di masjid SHK, penyampainya biasa jee, ia itu ustat Bakhtiar. Ustat Bakhtiar ni tiap tiap bulan ada 2 kali buat ceramah umum di masjid ni, ia itu pada minggu ke 2 dan minggu ke 4. Pandai beliau berceramah, tidak membosankan.
Hari ni pulak badan ku rasa teraamat letih, maklumlah siang tadi buat kerja kontrek, repeir semula papan tanda nama blok 4, dah lama tak kerja menukang ni, tu yang rasa letih sangat nak membuat nya, lagi pun umur pun patut dah pencen, dah tu kerja sorang sorang, mana tak letih. Hai apa nak buat, buat jee lah pelan pelan................

Isnin, 11 Julai 2011
Guna Celcom b.band Percuma
Petang ini aku dah mula aktifkan Celcom b.band yang di beri percuma bersama Netbook hari tu. Pek permulaan harganya cuma RM25.00 untuk masa sebulan. Ini bererti ianya akan habis tempohnya pada 10 ogos 2011 nanti. Berbaloi tu, sebulan ni free saja. Akan datang kalau nak sambung barulah tambah nilainya. Tentang kelajuan nya OK jugak lah, lebih kurang dengan DiGi yang aku guna sebelum ini. Guna DiGi sehari RM2.00, kalau sebulan dah RM60.00. Untung juga guna Celcom ni.
Tak tau lah kalau dah mula tambah nilai Topop Celcom ni nanti, berapa di kira sebulan aku belum tau, sebab belum sampai masanya untuk mencuba. Apa apa pun aku amat amat bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian Kerajaan Malaysia ini. Mana ada negara lain buat macam ni untuk rakyatnya. Apa lagi kita sokonglah 1 MALAYSIA.

Ahad, 10 Julai 2011
Netbook Baru
Semalam hari Sabtu, adalah hari penyerahan netbook kepada hampir 500 murid SMKLB. Termasuklah anak aku yang bersekolah di asrama itu. Penyerahan di sempurnakan oleh YB Adun Lui. Ini adalah merupakan peringkat yang kedua SMKLB membuat program tersebut. Sepatutnya anak anak dan semua ibu bapa patut bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang memberikan sumbangan itu melalui inisiatif jalur lebar Negara.
Kalau nak beli sendiri, munkin juga berfikir 2 atau 3 kali. Bukannya barang murah, harganya setiap satu hampir RM1000.00. Cubalah kira berapa jumlah RM yang kerajaan sumbangkan kepada murid murid yang menerimanya, aku dengar Kerajaan malaysia nak sumbangkan sehingga 1 juta unit netbook kepada murid murid sekolah di Malaysia ini.
Kalau dah terima sumbangan tu, gunakan lah sebaik munkin kepada perkara perkara yang bermanafaat atau berfaedah. Semuanya ada di hujung jari saja, kalau yang baik kita cari, baiklah hasilnya. Oleh itu berwaspada dan berhati hatilah selalu bila melayari internet.

Ahad, 3 Julai 2011
Kenduri Kawen
Semalam ramai org buat kenduri kawen, Hari ni juga ada lagi kenduri kawen. Asal hari sabtu & ahad jee pasti ada jee orang buat kenduri. Yang peliknya kad jemputan selalu sampai kat peti surat, diaorang ni main taruh jee kee?. tak kira kenal atau tidak, jemput sajalah. Bagi aku kalau tak kenal tak ingin aku pergi, kalau kenal sikit sikit tu tak pee jugak, ada kawan bolehlah pergi jenguk. kalau tidak wassalam la.......
Hari ni tadi aku pergi kat kenduri kawen di blok 6 saja, tempat lain malas nak pergi, tak de yang kenal. kat blok 6 ni dari semalam lagi aku dah datang rewang, cincang daging lembu. Hari ni datang makan jee lah lagi, bagai orang jemputan, padahal tuan rumah jemput mulut, datang rewang sekali. OK lah tu kan. Dan hari ni juga sempat aku ambil beberapa keping gambar pengantin. Ini aku selitkan sekeping saje...OK
Nak muat naik gambar tak bleh pulak. Apa hal nye Nih......

Langgan:
Catatan (Atom)