Daripada terbiar semak, tak ada apa apa hasil baik juga aku tanam pisang. Ini gara gara jiran sebelah rumah lah yang kononnya nak buat kolam ikan. Dah siap kolam tapi terbiar lama, rasanya dah lebih 6 bulan. kolamnya pun dah hampir penuh dengan rumput dan kiambang. Tak satu sen pun haslnya lagi. Dah lah banyak tanaman aku dulu korban, pokok kelapa, pelam, rambutan, jambu dan macam2 lagi, semuanya dah habis kerana jiran tu nak buat kolm besar, sampai melibatkan kawasan yang sudah aku terokai.
Tak pee lah, aku tak kisah pun, bukan tanah aku, tapi rezap Felda. Cuma yang rasa terkilan, kenapa dah siap buat kolam dgn kos beribu RM di biarkan saja, semak samun, tak de di bubuh ikan. Kalau di bela dan di usahakan sungguh2 kan bagus, boleh juga lah aku tumpang tui... nak mancing kee, atau nak makan ikan keli... tak payah cari jauh2.
Kini daripada semak begitu, aku tebas lah sebahagian benteng ban nya, dan akau tanam pisang. Cadang nanti nak tanam kelapa pula. aku harap jiran tu jangan lah marah yee, aku tanam pun di kawasan sempadan belakang rumah aku sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan