Malam tadi telah berlangsung mesyuarat Blok di Balai Raya. Alhamdulillah, walaupun jarang2 di lakukan, 3 atau 4 bulan sekali, namun ia nya tetap berjalan lancar dan masih mendapat sambutan dari ahli blok. Kalau blok2 lain, ada yang tak pernah atau jarang sangat yang membuat mesyuarat blok ini.
Malam tadi mesyuarat blok agak hangat sikit. Ada lah seorang ahli blok tu yang merayu rayu, memohon meminjam wang daripada blok. Bukan nya sikit, banyak tuu, Rm15,000.00. Katanya nak buat duit hantaran dan belanja perkahwinan anak lelaki nya. Terperanjat dan terlopong ahli blok lain mendengar nya. alasannya di buatlah ceritanya, konon nya anak nya yang nak kawin tu dah simpan duit rm18,000.00, dan duit itu semua di laburkan nya di dalam saham MLM, konon nya nanti pulangan nya rm40,000.00, Hui hebat, banyak tu. Tapi sayang katanya kena tipu, orang yang menjanjikannya dah lari dan tak dapat di kesan kemana menghilang, gigit jari lah jawap nya. Sedangkan kenduri nya dah dekat, tinggal 1 minggu sahaja lagi.
Walaubagaimana pun, ahli blok bersetuju memberi pinjam rm5,000.00 sahaja, campur lagi dengan tunggakan hutang blok nya rm3,500.00, dah jadi berapa, kira lah. kalau nak cukupkan rm15,000.00 tu pandai2 lah kau mencari nya wahai kawan ku.
Selesai mesyuarat jam 10.30 mlm aku terus balik sahaja, malas nak pergi minum kat kedai depan. Mengikut cerita kawan yg pergi minum tu, perkara tu masih hangat di perkatakan ahli blok lain, panas memang panas.... hingga jam 1.30pg baru mereka balik. Aku dah agak, tu pasal aku balik awal.
Walaubagaimana pun hati aku juga rasa sedih dan simpati, tapi apakan daya ku, aku pun tak dapat nak tolong. Aku harap dapatlah kawan ku itu mancari jalan iktiar yang lain. Mudah mudahan. Amin.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan