Isnin, 28 November 2011

Demam, Batuk dan Selsema.

     Dari petang semalam lagi badan ni dah rasa sakit sakit, seram sejuk, hingus melilih dan terbatuk batuk. Boleh jadi gara2 lepas kenduri 2 hari berturut turut dalam suasana hujan. Petang semalam setelah telan panadol 2 biji, aku pun tertidur, tak sedar bini aku ke Bahau, menjemput anak nak balik.
     Hari ini, seharian lagi tak kemana mana, kejap2 baring lelap, bangun, baring lagi, tak tentu arah rasa badan. Petang tadi bini aku ke Bahau lagi, menghantar anak ku itu nak balik semula ke Bangi. Aku tak dapat nak ikut, sebaliknya tidur jee dengan selimut tebal.
      Malam ni pun, masih rasa demam, makan pun tak selera.Ada ceramah Maal Hijrah di Masjid SHK, tapi hati ini rasa berat nak pergi. Tak pee lah, lain kali kalau badan ku sihat pasti aku pergi.

Jumaat, 25 November 2011

Rewang kenduri Kahwin.

      Hari ini bermula rewang kenduri kahwin salah seorang anak ahli blok 04. Kita sebagai ahli blok tentu nya lah kena bekerja lebih keras daripada ahli2 blok lain, sebab kita selaku tuan rumah blok. Aku pula tugas utama nya menyediakan wayer dan lampu2 untuk di pasang di setiap khemah yang di dirikan. Dari bahagian belakang, tempat memasak, sampai lah ke bahagian depan tempat jamuan makan. Bab ini aku tak pernah pun minta apa apa sewa atau bayaran, semuanya percuma sahaja.
       Sekarang pula bermula musin hujan, di lain lain negeri sudah ada yang banjir. Kalau dah musin hujan tentunya halaman menjadi becak, itu yang letih nya, nak berjalan kenalah berhari hati, kalau tidak boleh terjatuh atau tergolek. Kena sabar jee lah,, itu juga satu Rahmat dari Allah swt.
       Besok pagi bermula kenduri besar nya, mengikut bagian tugasan, aku kena bertugas di bahagian hadapan, di kawasan meja tetamu, mempastikan segala keperluan makanan mencukupi dan sambil itu mengemas dan membersihkan meja2 makan selepas tetamu menjamu selera. Dah biasa lah tu..... Apa apa pun sesamalah kita berdoa semuga semuanya berjalan lancar.

Rabu, 23 November 2011

Tanam 5 anak kelapa

      Sayang tanah terbiar selepas projek kolam ikan jiran sebelah tu terbiar lama. penuh dengan semak samun. Kolam nya pun dah hampir separuh di tutupi oleh kiambang, rumput dan lain lain tumbuhan liar. Kalau nak bela semula bukan nya suatu kerja yang mudah untuk membersihkan nya semula. Yang ada di kolam itu ikan haruan, keli liar dan ikan2 semula jadi yang tak di bela. Tidak ketinggalan binatang pemusnah seperti biawak, memerang atau pun ular.
      Beberapa minggu lepas, aku tebas bersihkan ban di bahagian belakang kawasan ku. Alhamdulillah, terang sikit bahagian belakang rumah ku. dan telah pun aku tanam pisang beberapa pokok di ban tersebut. Pagi tadi aku tanam pula 5 pokok anak kelapa. Harap harap ia nya akan membesar tanpa ganguan apa apa lagi. Kelapa asal semuanya sudah tinggi tinggi, tak dapat nak mengait nya, harapkan ia gugur sendiri sahaja. Sudah ada tanam yang baru, boleh lah di jadikan pengganti. Kalau aku dah tak sempat merasa pun, boleh untuk keperluan anak cucu aku di masa akan datang.

Gotong Royong pasang Khemah/Balai blok

     Baik juga cuaca agak reda petang ini. dapatlah ahli blok bergotong royong membawa pinggan mangkuk, kerusi meja, besi balai khemah dan sebagainya ke rumah seorang jiran yang akan membuat kerja kenduri kahwin pada hari sabtu ini nanti. petang ni saja baru mengangkut barang nya, 5 trip lori.
     Hari pun dah petang, besok sajalah sambung untuk kerja kerja memasang balai khemah tersebut. Alhamdulillah, ahli blok ini masih mahu bekerjasama dan bergotong royong. untung juga ada segalanya perkakas sendiri, kalau semua nak sewa, dah berapa banyak belanja nya tu.

Isnin, 21 November 2011

Bola; Malaysia bertemu Indonesia

      Sebenarnya aku bukan minat sangat dengan bola ni. Tapi malam tadi entah lah kenapa aku sanggup menonton nya sehingga habis. Terasa pula seronok nya. Tetapi pada awal permainan, baru 5 minit, Indonesia sudah menembusi gawang Malaysia, dah terasa kendur hati ini. lebih kurang 10 minit kemudian 1 gol lagi di jaringkan nya. Aku sungguh kecewa, terus saja aku tutup TV dan tinggalkan untuk solat Isyak.
       Setengah jam kemudian aku bukak balik TV, aku perhati kat penjuru atas tu, Malaysia 0, Indonesia 1, tertanya tanya juga hati ini. Apakah gol ke dua Indonesia tadi tak di kira.......... aku tak tau sebab dah tutup TV. Baru beberapa minit menonton, Malaysia pula membuat jaringan gol. Tersentap aku bangun dan mula kembali bersemangat. Ya aku benar2 bersemangat untuk menonton sehingga habis kerana kedudukan sekarang sudah 1 sama. Hati aku berharap sangat Malaysia akan menang.
       Sampai habis perlawanan, kedudukan tetap sama. Di tambah lagi masa setengah jam, pun masih sama 1-1. Akhirnya sepakan penanti. Makin berdebar debar rasanya hati. Paling berdebar sepakan Malaysia yang ke 5 (terakhir). kalau masuk......menang, kalau tak masuk........... kalah. Dan akhirnya Malaysia dapat juga menembusi gawang Indonesia itu. Syukur Alhamdulillah..... dapat juga Malaysia membawa pulang pingat Emas, yang amat2 berharga itu. Tahniah & Syabas kepada pasukan Harimau Muda Malaysia.

Ahad, 20 November 2011

Beli lagi HP baru NOKIA

      Kesian dengan anak aku tu, Hp nya dah rosak, jadi aku bagilah HP CSL aku yang ada tu. Kira baru juga tu belum lagi setahun. tak pee lah, harganya pun tak mahal. Tak sampai rm100.00. HP sekarang dah murah2, kata orang mampu beli lah.
      Jalan2 kat Kiara Squre Bahau semalam singgah lah kat satu kedai menjual HP. Berkenan pulak dengan satu HP Nokia tu. Tapi kira HP biasa saje tu, bukannya yang canggih siap ada internet tu, asal boleh nak telefon dan jawap telefon sudah lah. HP tu ada memori 2GB di beri, boleh isi banyak lagu mp3. Ada radio lagi, cuma tak ada kamera. OK lah tu. Harganya pula cuma RM150.00 sahaja, dengan jaminan 1 tahun. Maka terbelilah aku HP tu. Alhamdulillah.

Isteri & Anak ikut rombongan Pengantin

      Semalam aku tinggal sorang kat rumah. Isteri dan anak aku ikut rombongan pengantin satu bas ke Beranang Selangor. Biasa lah tu, bini aku tu memang gemar bab berjalan ni, tapi tak kisah lah, kalau tujuan nya baik aku izinkan sahaja. aku ni pulak memang jenis tak suka sangat bejalan jauh ni, buat penat jee. Aku lebih suka lagi memerap kat rumah jee. kalau tak de kerja boleh jee on line, atau kerja2 lain berkaitan komputer.
      Tapi semalam sempat juga aku ke pekan Bahau sorang2. Sebenarnya malas nak masak kat rumah. Apa lagi makan Nasi ayam kat Bahau lah. Alhamdulillah...

Khamis, 17 November 2011

Yasin/Tahlil Blok 04 di Surau.

      Sampai kembali giliran Blok 04 menjadi tuan rumah giliran Yasin di surau untuk malam ini. Segalanya berjalan lancar, cuma kehadiran yang agak kurang. Munkin di sebabkan hari hujan, di tambah lagi dengan adanya Bola di kaca TV di rumah masing2, malaysia bertemu Indonesia. Itu yang menyebabkan mereka agak malas nak bersama di surau malam ini.
      Menu malam ini, nasi putih, lauk lemak udang+buncis, ikan caru goreng, goreng betik, ulam2man dan sambal belacar serta ikan kering. Kesemua perbelanjaan pula di tanggung oleh Jiran sebelah rumah yang ingin bersedekah, Tak adalah guna duit blok untuk malam ini. Alhamdulillah ... muga bertambah rezeki jiran kita tu.

Rabu, 16 November 2011

Penerangan untuk Tanam Semula sawit

     Petang tadi baru berlangsung majlis penerangan untuk tanam semula sawit bagi rancangan SH 04. Ini kali kedua yang mana penyampai utamanya ialah Pengurus Rancangan SH 04 sendiri. Bagi aku dah tak ada apa apa masalah bab tanam semula ni. serah saja sepenohnya pada Felda, dah sudah pun aku tandatangani surat perjanjian tanam Semula tersebut.
      Hanya ada seorang dua yang tak faham2, atau sengaja tak mau faham untuk mengeruhkan suasana majlis tadi. Berkali kali Pengurus memberikan keterangan, tapi tetap di bangkang dan di persoalkan oleh mereka ni, aku pun tak faham kenapa mereka ni berperangai begitu. Susah sangat kah ikut Felda ni. kalau rasa susah, tak usah ikut Felda, carilah jalan sendiri jika itu menyenangkan. Felda tak ada masalah.
      Bagi aku, tidak ada lain di dunia ini yang lebih baik dari Felda. Felda lah yang telah banyak merubah hidup aku, dari susah dahulu, hingga dapat mengecapi kehidupan terbaik yang aku nikmati sekarang. Bersyukur banyak2 pada Allah, dan berterima kasih banyak2 pada Felda

Selasa, 15 November 2011

Menerima Homestay

     Hari ini aku menerima 4 lagi tetamu untuk bermalam di rumah ku. Mereka ialah pelajar sekolah dari Kem Pusako membuat beberapa aktiviti di F'Best Homestay sini selama 3 hari 2 malam. Lebih 100 orang peserta yg datang dan di agih agihkan ke rumah rumah homestay di sini. Aku menerima 4 orang sahaja, biar mereka selesa, tidur di dua buah bilik. 2 orang Cina dan dua lagi melayu, elok benar lah tu.
     Malam ni tadi bagi diaorang makan tom yam, alhamdulillah semuanya berselera nak makan. Belum pukul 10.00mlm, semuanya dah masuk tidur, penat barangkali. Tak pee lah, biarlah mereka tidur. Esok kena bangun pagi pagi. Dan akan di hantar ke dewan pada jam 7.00pg. Semuga segala aktiviti mereka akan berjalan dengan lancar.

Jumaat, 11 November 2011

MESYUARAT BLOK

     Malam tadi telah berlangsung mesyuarat Blok di Balai Raya. Alhamdulillah, walaupun jarang2 di lakukan, 3 atau 4 bulan sekali, namun ia nya tetap berjalan lancar dan masih  mendapat sambutan dari ahli blok. Kalau blok2 lain, ada yang tak pernah atau jarang sangat yang membuat mesyuarat blok ini.
      Malam tadi mesyuarat blok agak hangat sikit. Ada lah seorang ahli blok tu yang merayu rayu, memohon meminjam wang daripada blok. Bukan nya sikit, banyak tuu, Rm15,000.00. Katanya nak buat duit hantaran dan belanja perkahwinan anak lelaki nya. Terperanjat dan terlopong ahli blok lain mendengar nya. alasannya di buatlah ceritanya, konon nya anak nya yang nak kawin tu dah simpan duit rm18,000.00, dan duit itu semua  di laburkan nya di dalam saham MLM, konon nya nanti pulangan nya rm40,000.00, Hui hebat, banyak tu. Tapi sayang katanya kena tipu, orang yang menjanjikannya dah lari dan tak dapat di kesan kemana menghilang, gigit jari lah jawap nya. Sedangkan kenduri nya dah dekat, tinggal 1 minggu sahaja lagi.
      Walaubagaimana pun, ahli blok bersetuju memberi pinjam rm5,000.00 sahaja, campur lagi dengan tunggakan hutang blok nya rm3,500.00, dah jadi berapa, kira lah. kalau nak cukupkan rm15,000.00 tu pandai2 lah kau mencari nya wahai kawan ku.
      Selesai mesyuarat jam 10.30 mlm aku terus balik sahaja, malas nak pergi minum kat kedai depan. Mengikut cerita kawan yg pergi minum tu, perkara tu masih hangat di perkatakan ahli blok lain, panas memang panas.... hingga jam 1.30pg baru mereka balik. Aku dah agak, tu pasal aku balik awal.
      Walaubagaimana pun hati aku juga rasa sedih dan simpati, tapi apakan daya ku, aku pun tak dapat nak tolong. Aku harap dapatlah kawan ku itu mancari jalan iktiar yang lain. Mudah mudahan. Amin.........

Air paip tak keluar

     Dah 3 hari air paip tak keluar, apa sebab nya aku tak tau. Kesian bagi mereka yang ramai anak, mana nak minum, masak, mandi, membasuh. Bagi aku tak laa kisah sangat dah tinggal bedua, tu pun dah kering 1 kolah, satu kolah lagi dah tinggal setengah, untuk 2 hari lagi cukup lah.
      Tapi malam ni nampaknya dah mula keluar kecik. Alhamdulillah, mintak2 penoh lah kedua buah kolah aku tu nanti. Tu kira untung sebab aku ni duduk di bawah bukit, air cepat sampai, yang duduk atas bukit tu, tak lagi air. Dah tutup semua orang bawah, baru lah orang atas nak dapat air.
      Baik juga diaorang ada hantar air guna lori, dapat lah tadah di tepi jalan. Alhamdulillah juga lah.........

Rabu, 9 November 2011

Anak buah meninggal Dunia

     Semalam petang aku ngan bini aku sempat menziarahi kehilangan anak buah di Palong 1. Ceritanya, anak buah ku itu telah lama pergi membawa diri, menjauhkan diri dari keluarga, sampai tiada sesiapa yang tahu di mana di berada.
      Tup2 dua hari lepas keluarga Palong dapat panggilan telefon dari hospital di P Pinang, menyuruh datang untuk membuat pengecaman siapa yang meninggal itu. Maka pergi lah adik dan bapa saudara si mati ke sana, setelah di periksa, benarlah itu ada lah saudara (abang pada yg mengecam/melihatnya). Setelah semua urusan mandi, kafan, sembahyang dan sebagainya, maka di bawalah jenazah pulang ke Palong menggunakan kereta khas dari hospital sana. 4.45 ptg semalam baru sampai.
       Alhamdulillah sempat juga aku turut sembahyangkan bersama. Cuma tiada ke sempatan nak ikut sampai ke kubur. Apa2 pun aku tetap mendoakan muga rohnya di cucuri rahmat, mendapat keampunanan dari Allah dan di gulungkan juga bersama sama orang yang di redai oleh ALLAH swt.

NoteBook untuk Nana

     Dua hari lepas aku bawalah anak aku tu ke Bahau, cadang utamanya nak buatkan buku/kad akaun BSN, setelah di serahkan Maykad dia, komputer dah tak boleh baca, dah rosak rupanya. Pegawai bank tu nasihatkan pergilah ke JPN dulu, gantikan maykad itu dulu baru boleh nanti buat kad bank BSN.
     Keluarlah aku ngan anak aku tu mencari pejabat JPN di tempat lama, rupanya dah pindah ke tempat baru, Satu hal juga mencari. Dah jumpa buatlah mykad baru dgn bayaran rm10.00, katanya tunggu lah 3 minggu nanti baru siap.
      Kemudian pergi pula ke kedai menjual komputer, belek2, tanya2 taukeh tu, berkenan pula dengan notebook kecil jenis ACER dengan harga rm899.00. Hendah sangatlah Nana. Jadi aku hulurkan kad Visa Maybank aku sebagai pembayaran cash. Ada pula tu di bagi hadiah, satu mouse, satu kipas, satu earpone dan beg sarung notebook itu. alhamdulillah. Aku harap pada Nana jagalah notebook tu baik2 dan gunakan lah ia ke jalan yg baik juga.
      Nana pun dah berjanji akan bayar pada ayah setiap bulan rm100.00 secara ansur. Tentang broadband nya, aku bagi pinjam untuk modem prepaid Digi tu.

Isnin, 7 November 2011

Anak2 & Isteri berkelah ke Wit World Pedas

     Tinggal lah aku kesorangan di rumah. Tapi tak pee dah biasa pon. Bagi lah can anak2 dan emak nya sesekali makan angin. nak harapkan aku yang membawa nya, entah bila. Sebab aku memang tak berapa minat bab jalan2 ni. Lagi pon kalau aku ikut mana nak muat satu kereta, dah penoh 6 orang satu kereta tu... termasuk cucu. Nak pandu kereta sendiri, ehhhh. tak dee lah, malas aku. Lebih baik duk kat rumah, on komputer, layan FB, atau buat kerja2 lain di rumah. Banyak kerja kat rumah ni, rajin atau malas saja menentukan.
      Hari ni jee lagi bebudak tu cuti, esok semua dah stat balik ke destinasi masing. Yang tinggal aku dan isteri saja di rumah. Begitu lah lumrahnya alam kehidupan.

Sabtu, 5 November 2011

ESOK HARI RAYA HAJI

      Alhamdulillah, perbanyakkan bersyukur ke hadrat Allah swt, jumpa lagi di hari raya haji tahun ini. Anak2 yang semua dah besar, dah bekerja keluar, semuanya balik menyambut perayaan ini. Riuh rendah di buat nya. Penat emak nya ke dapur menyediakan juadah raya, terhibur dengan gelagat anak cucu. Syukur alhamdulillah.
     Esok pagi sama2 lah kita ke masjid, bertaakbir dan mendirikan solat Aidil Adha beramai, menyambut dan meraikan hari kebesaran ugama kita ini. 3 juta umat islam kini bertumpu di kota mekah, menunaikan ibadah haji, ia itu rukun islam yang ke lima. Bagi aku dan isteri yg masih belum berkemampuan ini, bersabar sajalah, ada rezeki, dipanjang umur, di sihatkan tubuh badan... insyaalah akan sampai jua ke sana nanti. Amin.......

Khamis, 3 November 2011

TANAM ANAK PISANG

     Daripada terbiar semak, tak ada apa apa hasil baik juga aku tanam pisang. Ini gara gara jiran sebelah rumah lah yang kononnya nak buat kolam ikan. Dah siap kolam tapi terbiar lama, rasanya dah lebih 6 bulan. kolamnya pun dah hampir penuh dengan rumput dan kiambang. Tak satu sen pun haslnya lagi. Dah lah banyak tanaman aku dulu korban, pokok kelapa, pelam, rambutan, jambu dan macam2 lagi, semuanya dah habis kerana jiran tu nak buat kolm besar, sampai melibatkan kawasan yang sudah aku terokai.
      Tak pee lah, aku tak kisah pun, bukan tanah aku, tapi rezap Felda. Cuma yang rasa terkilan, kenapa dah siap buat kolam dgn kos beribu RM di biarkan saja, semak samun, tak de di bubuh ikan. Kalau di bela dan di usahakan sungguh2 kan bagus, boleh juga lah aku tumpang tui... nak mancing kee, atau nak makan ikan keli... tak payah cari jauh2.
      Kini daripada semak begitu, aku tebas lah sebahagian benteng ban nya, dan akau tanam pisang. Cadang nanti nak tanam kelapa pula. aku harap jiran tu jangan lah marah yee, aku tanam pun di kawasan sempadan belakang rumah aku sahaja.

Rabu, 2 November 2011

Meracun Roundup.

      Dah lama tak meracun, semak nampaknya kawasan keliling stor blok 4. hari ini aku pum satu tong racun roundup + ally kawasan sekeliling stor blok 4, selebihnya semburkan sekitar kawasan atas bukit itu. Memang dah jadi tugas dan tanggungjawap ku menjaga dan membersihkan kawasan sekitar blok 04 itu.
       Selain dari itu, kerja ku hari ni, mengemas himpunkan pasir yang ada di depan stor itu. Menebas jalan ke belakang paya dan tengok durian kat belakang tu, adalah lebih kurang 20 biji sahaja. munkin hujung bulan 12 nanti baru gugur.