Baru bulan lepas aku dah tampal kolam ikan kat sudut halaman tu, tapi masih bocor, meresap air, semakin hari semakin surut. Semalam aku cuci kolam tersebut, dan selec keseluruhannya dengan simen, tak ada yang tinggal.... nampak macam baru buat di dalam nya. Dah malam aku isi semua air paip, alhamdulillah, nampaknya tak susut lagi airnya. Tapi tak tau lah seminggu atau sebulan akan datang. Tapi sayang ikan yang aku masukkan semula banyak yang mati, munkin kerana kolam yg baru di buat berbau simen, atau air paip itu banyak mengandungi klorin. Harap harap janganlah mati semuanya ikan talapia itu, habis pulak nanti keturunannya, terpaksa pulak nanti beli anak benih yang baru.
Kolam tu pun dah lama di buat, dah lebih sepuluh tahun. Sekali permulaan dulu saja beli benih anak ikan, lepas tu ikan2 tu membiak sendiri sahaja, Cukup tempoh ambil saja yang besar besar, tinggalkan anak anak nya untuk menyambung zuriat. Alhamdulillah................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan