Khamis, 27 Oktober 2011

SUKAN TADIKA SH 04.

      Hari ini Jumaat berlangsungnya Sukan Tadika SH 04. Sebelah pagi adalah sedikit sukan di mulakan. Petang nanti baru sambung dan akan di resmikan oleh YB Ahli Parlimen Jempol, Dato' Hj Lillah Yasin. Muridnya pun dah tinggal berapa kerat pun, dah tak ramai. Harapkan peneroka/penerokawati dah tak aktif lagi membiak, anak dah besar2 ramainya. Ini nak harapkan genarasi kedua, tu pun banyak pula dah keluar rancangan, kerja di mana mana. Jadi tak ramai yang nak jadi murid Tadika di sini.
       Walau bagaimana pun kita sebagai ibu bapa harus memberi kerjasama di atas apa apa juga aktiviti yang di lakukan di tempat kita. Walau pun kita tak ada anak di Tadika, apa salahnya kita jengok2, memeriahkan lagi suasana, baru lah seronok.

Sakit Pinggang

      Dah 5 hari pinggang ku sakit, angin dah masuk dalam pinggang, asal bergerak saja mulalah sakit pinggang dan di ikuti sendawa yang luar biasa banyaknya keluar ikut mulut. Dulu kat kaki, dekat buku lali dan tumit, asal berjalan jee, atau di gosok2 kaki tu, bertalu talu sendawa keluar. Bila dah keluar sendawa baru rasa sikit lega.
      Tiga hari lepas, bini aku belikan ubat herba di kedai depan tu, aku cubalah makan 2 biji x 2 kali sehari. Alhamdulillah..... ada kurang rasa. Tak de lah sakit sangat lagi pinggang tu, cuma sesekali jee lagi. Mintak2 lepas ni eloklah, jangan lagi sakit pinggang, Hummm..... susah tu kalau dah sakit, tak boleh nak buat apa kerja pun.

Ahad, 23 Oktober 2011

Mesyuarat Khas AJK UMNO

      Malam ni aku baru balik dari mesyuarat khas UMNO di Balai Raya. Apa yang aku dengar adalah bertujuan penlantikan AJK2 di bawah ketua ketua Biro untuk pilihan raya akan datang, Dah dekat kut, cuma belum tahu tarikh sebenarnya. Aku ni dalam politik tidak begitu berminat, jadi cukuplah sekadar menjadi ahli biasa saja. Tak ingin kiranya aku di lantik apa apa jawatan di dalam politik ni.
      Keduanya nya UMNO cawangan ini bercadang akan mengadakan hari IBU, belum pasti tarikhnya. Jadi malam ini berbincang pasal budjek, acara yg di adakan, makan minum, hadiah dan sebagainya. Majlis ini nanti akan di biayai oleh UMNO sendiri, kita tak perlu keluar apa apa modal. Hanyalah tenaga kerja gotong royong di perlukan untuk menjayakannya. Semuga program ini nanti akan mendapat sambutan dan sokongan dari semua ahli UMNO cawangan ini.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kenduri Kahwin.

     Hari ni 2 tempat aku makan kat kenduri. Kedua duanya menyediakan juadah yang banyak jenisnya dan sedap2 semuanya. Berselera sungguh aku makan. Pertama kat blok 6, kawin janda (bekas isteri peneroka) dengan duda. Dah lama perempuan tu menjanda, baru ni mendapat jodoh dgn pasangan nya duda dari F Lui Timur. Alhamdulillah. Anak2 nya pun nampaknya merestui perkahwinan ibu mereka. Eloklah tu, ada juga kawan serumah menjelang hari tua.
    Yang kedua nya di blok 8, anak lelaki peneroka di situ. khabarnya pasangan pengantin blok 8 tu berasal dari Sarawak dan saudara baru(bari masuk islam). Baguslah tuu, mudah mudahan dapat ianya di bimbing ke jalang yang benar. Jalan yang di redai Allah.
      Apa apa pun aku mendoakan semuga pasangan itu kekal bahagia berpanjangan sepanjang hayat. Amin....

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tampal lagi kolam bocor lagi.

        Baru bulan lepas aku dah tampal kolam ikan kat sudut halaman tu, tapi masih bocor, meresap air, semakin hari semakin surut. Semalam aku cuci kolam tersebut, dan selec keseluruhannya dengan simen, tak ada yang tinggal.... nampak macam baru buat di dalam nya. Dah malam aku isi semua air paip, alhamdulillah, nampaknya tak susut lagi airnya. Tapi tak tau lah seminggu atau sebulan akan datang. Tapi sayang ikan yang aku masukkan semula banyak yang mati, munkin kerana kolam yg baru di buat berbau simen, atau air paip itu banyak mengandungi klorin. Harap harap janganlah mati semuanya ikan talapia itu, habis pulak nanti keturunannya, terpaksa pulak nanti beli anak benih yang baru.
        Kolam tu pun dah lama di buat, dah lebih sepuluh tahun. Sekali permulaan dulu saja beli benih anak ikan, lepas tu ikan2 tu membiak sendiri sahaja, Cukup tempoh ambil saja yang besar besar, tinggalkan anak anak nya untuk menyambung zuriat. Alhamdulillah................

Tambah lagi tempat letak pasu bunga

      Tiga hari lepas aku beli lagi pasir dan simen. Aku buat lagi satu set (5 keping) konkrit untuk meletak pasu bunga. Dan aku sambungkan sahaja dengan yang telah ku buat tempohari. kini jadilah ia lebih panjang, ia itu 5 1/2 kaki x 2 =11 kaki x 5 tingkat. Ini boleh memuatkan lebih 50 pasu bunga. Tersenyum lebar muka bini aku melihatnya. Harap2 lepas ni tidaklah lagi bertarabur letaknya pasu pasu bunga. Letak sajalah di tempat yang di sediakan, dan bela sahaja lah bunga itu untuk selamanya. Jangan hanya lepas tanam bunga.......... , tinggal. kena bela lah sepanjang hayatnya. Semuga bertambah ceria lagi halaman rumah ku.

Khamis, 13 Oktober 2011

Hampir seharian mengadap komputer

     Hari ini aku tak kerja di mana mana, duk rumah saja, boring apa lagi on lah komputer lama tu. Dari pukul 9.30 pagi on, hingga lah jam 1.30 ptg baru stop rehat. Apa aku buat, Edit gambar lah. Gunakan perisian Microsoft Greting 2001, komputer baru tak boleh masuk perisian tu, baik juga ada komputer lama, itu guna Window XP, kira baru juga lah.
     Edit gambar supaya kelihatan lebih cantik, lebih ceria dan lebih seronok melihatnya dengan meletakkan border, frem, latar belakang atau apa apa  teks. Hari ni saja lebih 70 keping gambar aku edit, seronok melakukannya. ptg tidur sekejap. Pukul 4.30 ptg on pula laktop, saja saja merayau melayari internet, entah apa apa yang aku tengok.......... macam2 ada, tk perlulah aku ceritakan, sampailah jam 6.30 ptg.
     Dan malam ni on lagi laktop, cadang nak upload gambar terbaru kenduri Nur Nabila Najwa melalui FB bini aku, tapi entah kenapa dah 2 kali upload ni tak masuk masuk...... tak tau apa sebab nya. Boring juga. Ni ambil kesempatan taip blogger ni. Kalau tak boleh jugak, esok jee lah sambung.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Majlis potong Jambul Cucu.

     Alhamdulillah, selesai sudah majlis kenduri potong jambul Nur Nabila Najwa yang bersangsung siang tadi. Dari sehari ke sehari tertangguh tangguh, akhirnya dah nak masuk 6 bulan selepas di lahirkan baru dapat di adakan majlis tersebut. Majlis bermula jam 9.30 pagi dengan bacaan Marhaban kumpulan GPW SH04, kemudian di ikuti majlis berendoi (naik buai). Dan selepas itu majlis Tahlil pula di adakan orang pehak lelaki. Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar.
     Menu makan selepas majlis ialah Nasi putih. Kari daging + kentang, Ikan goreng bersambal + bacang, kerabu taugeh + pucuk ubi & kerang. pencuci mulut, tembikai. Air minumam kordial sirap. Menu sarapan pagi tadi mihon goreng, goreng pisang dan kueh mueh, dengan minuman Teh, Teh O, kopi dan sebagainya.
     Memang meriah majlis tersebut, lebih2 lagi selepas majlis berendoi selesai, bukan setakat anak anak, tapi emak emaknya yang beriya iya merebut hadiah jajan yang bergantungan di atas kepala.

Isnin, 3 Oktober 2011

Penyerahan semula anak angkat.

     Petang ini kembali sunyi. kesemua anak angkat telah pulang ke tempat masing2. hilanglah segala riuh rendah, hiruk pikuk mereka selama 3 hari di sini. Seronok, bagus,suka kata mereka. Tapi tak taulah dalam hati masing. Malam tadi berlangsung acara kebudayaan di dewan besar SHK. Ramai peserta megambil bahagian dalam persembahan nyanyian, tarian, sajak dan sebagai nya. Di sertakan dengan pelbagai jamuan yang menyelerakan. Alhamdulillah......
     Di kesempatan ini kami selaku ayah dan ibu angkat pada anak2 pelajar IPT ini, memohon jutaan kemaafan sekiranya ada kesalahan atau kesilapan dari kami, juga kekurangan persediaan atau layanan yang kami berikan. Andai di takdirkan, insyaalah kita kan pasti bertemu lagi.