Isnin, 17 September 2012

Kenduri bertunang 3 beradik sekali gus.


Kenduri bertunang 3 beradik sekali gus.
    Ahad, 16 September 2011. hari ini berlangsungnya kenduri di rumah seorang jiran blok yang menerima 2 rombongan datang meminang 2 beradik perempuan. Dan sekali gus kenduri menghantar pinangan seorang anak lelakinya. Biasalah kalau ahli blok kenalah buat rewang. Dari awal pagi lagi ahli blok bertungkus lumus menyediakan dan memasak untuk para tetamu. Menjelang tengahari ada pula jemputan kenduri kahwin di lain blok. Jadi kitaorang pergilah dulu ke rumah jemputan. Selepas waktu zohor barulah datang semula kerumah jiran yang kenduri bertunang tu. Sebab majlis menerima di adakan waktu itu. Hinggalah jam 4.00 ptg majlis pun selesai. Yang menariknya petang tu juga kitaorang berkemas dan pulangkan semua barang blok yang di pinjam. Alhamdulillah... selesai segalanya.

Selasa, 11 September 2012

Jamuan HARI RAYA anjuran Pengurus2 & Tecnoplant.


Jamuan HARI RAYA anjuran Pengurus2 & Tecnoplant.
      Selasa, 11 September 2012. petang ini satu lagi jamuan hari raya di adakan di kawasan sini. Kali ini jamuan hari raya anjuran pengurus2 gugusan serting Hilir Komplek bersama kumpulan Texnoplant yang di adakan di dewan F’Best Homestay. Seluruh penduduk SHK ini di jemput hadir. Namun kedatangan tidak begitu memberangsangkan. Macam macam juadah di sediakan, ada lemang, rendang, ketupat, bihun soup, roti canai dan macam2 lagi. Alhamdulillah, kenyang lagi perut petang ni. Terima kasih lah di ucapkan. Semuga perhubungan peneroka dengan kakitangan Felda terjalin lebih baik lagi.

Anak2 Homestay datang beraya.


Anak2 Homestay datang beraya.

     Ahad, 09 September 2012. Seramai 10 orang anak anak homestay dari UPM telah datang beraya kerumah ini dengan 3 buah kereta. Mereka terdiri dari 4 lelaki dan 6 perempuan. Destinasi permulaannya ke rumah Baharom SH 02, kemudian ke rumah baharin SH 04. pukul 3.00ptg sampai pula ke rumah ini. Kata mereka lepas ni nak meneruskan perjalanan ke Batu Pahat Johor. Kami selalu ayah dan ibu angkat mereka mendoakan sahaja agar mereka selamat sampai ke tempat yang di tuju. Dan tidak lupa juga kami mengucapkan berbanyak banyak terima kasih atas ingatan dan kesudian mereka datang ke rumah ini.

Jumaat, 7 September 2012

Kumpulan Yasin GPW SH 04.


Kumpulan Yasin GPW.
     Jumaat, 07 September 2012. petang ini giliran ahli GPW blok 04 mengambil giliran majlis bacaan Yasin dirumahnya. Dah biasa biasa dan selalu buat kalau giliran blok 4, maka di jemput sekali kaum lelaki blok 4. tapi hari ini ada rasa jangkal sikit. Tuan rumah lelakinya tak ada, juga lelaki lain yang datang Cuma imam (ketua blok) dan aku sorang saja. Mujur ada sorang lelaki lain, boleh jadi saudara tuan rumah itu. Jadilah ada 3 orang lelaki. Kemana pergi lelaki blok 4 yang lain. Tarasa pelik aku hari ni. Kaum wanitanya pun tak berapa ramai yang datang, tak tau aku apa sebabnya.
     Menu yang di sediakan boleh tahan juga, ada nasi ayam, ada pulut kuning dengan rendangnya, ada pelbagai kuih muih, bubur laice dan macam2 lagi. Cukup banyak makanan di sediakan. Tapi tu lah dah petang, banyak mana boleh makan lagi, perut dah kenyang. Walaubagaimana pun alhamdulillah jugalah, boleh bawa balik makanan lebihan. Dan majlis pun berjalan dengan lancar dan jayanya.

Selasa, 4 September 2012

Jamuan Hari Raya JKKR, Koperasi, GPW & Belia SH 04.


Jamuan Hari Raya JKKR, Koperasi, GPW & Belia SH 04.
    Selasa, 04 September 2012, jam 2.30 petang ini bermulanya jamuan Hari Raya anjuran bersama JKKR, Koperasi, GPW dan Belia Felda Serting Hilir 04 bertempat di Balai Raya Felda Serting Hilir 4. Tetamu undangan utama kita ialah yang berhormat DUN Serting Dato’ Shamsulkahar Mohd Deli. Selain itu para pengurus Felda, pegawai2 Felda dan semua penduduk Felda SH 04 di undang sama bagi memeriahkan majlis tersebut.



    Menu yang di hidangkan ialah sate dan ketupat segera, roti canai, laksa, kuih muih, tembikai dan lain lain. Pemberian duit raya juga ada untuk anak2 kita. Selain itu sumbangan cendrahati kepada ahli GPW yang mengadakan Tadarus Al Quran pada puasa lalu. Juga cendrahati kepada ketua2 blok GPW SH 04. Selain itu ada juga cabutan no rumah bertuah di adakan. Alhamdulillah dapat juga satu hadiah hamper cabutan no rumah bertuah. Alhamdulillah sekali lagi kerana majlis berjalan dengan lancar dan sempurna nya dan berakhir kira2 jam 5.30 petang.

Isnin, 3 September 2012

Mandi manda di jeram Gunung Ledang.


Mandi manda di jeram Gunung Ledang.
    Sabtu, 01 September 2012. hari ini masih cuti, bebudak pula semua ada. Apa lagi pakat2lah nak ke gunung ledang. Sepatutnya 02hb sept, hari Ahad baru pergi ke Muar tu, sebab jemputan kenduri Cik Atan pada hari Ahad. Oleh kerana perkara ini tidak dapat di elakkan, jadi kami terpaksa pergi pada hari Sabtu sahaja. Jadi bolehlah menyelam sambil minum air. 2 perkara di lakukan dalam masa yang sama.





    Seawal jam 8.45pg kami sudah mula bergerak menuju ke gunung ledang. Rasa hati was2 dan ragu2 juga kalau tersalah jalan. Alhamdulillah, pukul 11.30 pagi kami sampai dengan selamatnya. Sebaik sampai perut pun lapar, apa lagi buka sajalah bekalan yang di bawa. Kami pun makan dahulu sebelum mandi manda. Sejuknya lah air gunung, amat menyegarkan seluruh badan. Lebih 2 jam kami mandi di situ.

   Pukul 3.00ptg kami mula meninggalkan gunung ledang menuju ke parit Kasan pula. Setelah masuk jalan di situ ada keliru juga, ye lah tersalah simpang, baik tak jauh sesatnya. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga rumah pak Cik Atan. Hari ini baru bermula diaorang rewang, besok kenduri  yang sebenarnya. Tapi bukan makan kenduri yang kami utamakan, sebenarnya perhubungan kekeluargaan itu lebih bermakna. Tak salah kita datang lebih awal. Rasanya itu lebih mesra berbual bual dalam keadaan orang yang masih belum begitu ramai. Kami mula meninggalkan parit kasan kira2 jam 5.30 petang. Alhamdulillah, selamat segalanya.