Selasa, 31 Mei 2011

Bapak nak duduk sini pulak

      Seawal jam 6.45pg aku dah keluar ngn bini aku antar Sfq tuisen kat sekolahnya di LB. Malas nak balik, jadi teruslah ke Bahau, Kul 8.00 dah ada kat Bahau kedai banyak tak bukak lagi, Baik Bank bukak, itu pun bagian yang guna mesin, Jadi dapatlah aku bayar pinjaman kereta. Lepas tu tunggu lah sekejap bukak pejabat TNB nak bayar bil. Alhamdulillah selesai, Kemudian masukkan pula duit kat BSN Suhaimi.
       Waktu dalam kereta, Ateh Rompin telefon mengatakan bapak nak duduk kat S Hilir pulak dan minta di jemput. Apa lagi, pergi aje lah Rompin, sebelum tu sempat singgah kat pasar borong, beli ikan/sayur untuk seminggu. Kol 10 pg dah sampai Rompin, borak2 lebih kurang setengah jam, berangkatlah balik, bawak bapak sekali. Sampai BSJ, singgah kat pejabat JPJ sambung lesen bini aku 2 tahun lagi. pas tu apa lagi gi makan lah. Jam 12.15 teruskan perjalanan ke SMKLB, patut Sfq kuar jam 12.30, tunggu punya tunggu dekat jam 1.00 baru dia kuar.... Apa lagi terus balik jee lah.
        Tak tau lah berapa lama bapak boleh bertahan duduk kat sini, dulu ada sekali datang konon nak duduk seminggu, tapi sehari jee dah nak balik naik bas jee kata nya, tak sampai hati hantar lah balik. Yang ini tak tau lagi, berapa lama.............. kalau boleh biarlah lama2, kat kampung pun bukan ada siapa lagi, duk sorang2 jee, baik duduk ngan anak2.......... terjaga makan minum. Tak payah kerja lagi dah......

Ahad, 29 Mei 2011

Mengecat semula Siling

     Dah lebih 5 tahun rasanya siling kat rumah ni tak di cat semula. Dah bertukar warna kehitaman, terutama yang kena titisan hujan pada atap yang bocor. Dah bercendawan lah tuu. 2 pagi aku kerjakan dari semalam dan hari ni alhamdulillah siap pun. Cantik pulak tu dah siap di cat. putih melepak, macam rumah baru, seminggu lepas dah cat semula semua dindingnya, tu yang kelihatan macam rumah baru. Alhamdulillah........

Sabtu, 28 Mei 2011

Rombongan Pengantin ke Kedah

     Dah lebih seminggu rasanya tak bukak blog ini, bukannya apa, sibuk jee kerja minggu ni, jadi topop pun malas nak isi, cuti lah seminggu. Lagi pun dah tak tau apa nak taip kat blog ni. Ni anak yang duk asrama tu pun dah balik, cuti pertengahan tahun, boleh juga dia tengok2 facebook dia.
      Malam ni aku berdua jee ngan anak aku kat rumah ni, bini aku pi Kedah. Satu bas malam tadi bergerak ke Kedah, rombongan pengantin anak jiran kat blok 08. Malam ni baru bergerak balik, besok pagi lah baru sampai. Tak de masalah lah tu, biasa jee, tengahari tadi aku beli lauk siap jee, tapi nasi kena masak sendiri lah, dah biasa pun. Apa yang penting semuga semua nya selamat. Selamat sampai dan selamat kembali. Amin.....................................................

Rabu, 18 Mei 2011

Masak Lemak Cili Api Nangka Muda

     Sebenarnya dah agak lama jugak tak makan gulai nangka ni. Tu yang buatkan teragak nak memakannya. Tengok kat pokok tu ada pulak buahnya yang sedang sedang nak di gulai, apa lagi, aku kaitlah, aku tolong kopekkan, aku tolong parutkan kelapa dan aku suruh bini aku masak jee. Masak lemak cili api nangka campur ikan bilis jee. Huuh..... tu pun dah cukup sedap dan selera nak makan, Aku memang puji, bini aku ni memang pandai memasak, apa saja yang di masaknya, tak pernah aku tak selera nak makan.
      Ni dah tinggal berdua, kekadang tu bini aku mengeluh juga, selalu nasi tak habis, basi. lauk tak habis... buang jee, siapa nak makan kalau dan 3 hari, setakat 2 hari tu boleh lah lagi kalau di hangatkan sebelum basi.
      Cerita pasal gulai nangka ni, kata orang tua tua, makan nangka ni banyak angin, mudah kembung perut, betul lah tu kut. Aku ni sebenarnya memang berpenyakit banyak angin dalam badan, pantang jee di urut di mana mana bahagian badan ni pasti jee aku akan sendawa............ dan kekadang keluar angin dari bawah. Sebenarnya banyak lagi makanan2 lain yang mengandungi angin. Tapi bagi aku tak dee pantang, asal boleh aku makan, aku makan lah, tapi agak agak lah, jangan keterlaluan. Yang penting sendiri mau ingat lah. Kalau nak sihat tubuh badan, pilih lah makanan yang berkhasiat, tidak terlalu lemak, masin dan manis.

Selasa, 17 Mei 2011

Cat Colour Hijau

     Dah lebih 5 tahun ruang tamu rumah ini berkaler Pink, tahun ini bini aku nak tukar kaler baru, Hijau lumut dan hijau muda pilihannya. Aku tak halang dan tak komplin apa pun di atas kaler cat yang di pilihnya itu.
      Dari semalam hingga hari ni aku mengecatnya sorang sorang saja, senang tak ada gangguan. alhamdulillah dah siap bahagian ruang tamu. Dulu kaler pink, kini dah kaler hijau, OK jugak lah tuu. Tapi tu lah, cat murah jee, tentu nya tak seberapa cantik, lagi satu mengecatnya kena banyak kali ulang, kalau tak, tak timbul kaler baru tu, kena sabarlah banyak banyak, alhamdulillah..... siap juga penyudahnya.
      Baru tadi ni haa bini aku cakap, langsir pun kena tukar jugak tahun ni, dah jemu kaler ungu bertahun tahun lamanya. dah buruk pon. Katanya tahun ni nak tukar kaler kuning pulak. aku iaa kan saja lah. Ala hai bukan nya langsir mahal pon, tu haa langsir murah yang harganya RM1.80 semeter tu jee. lagi pun rezeki sawit tahun ni agak baik, harga OK, buah pun masih ada lebih lagi. Syukur Alhamdulillah

Isnin, 16 Mei 2011

Cukai jalan moto dah mati rupanye.

     Dah hampir seminggu rupanya roadtax moto NBQ mati, manalah aku ingat. Sebenarnya moto tu Amy yang bawak, belajar kat Telok Intan sana, manalah aku tau dan ingat roadtaxnya dah mati. Nasib baik dia telefon segera, dan nasib juga tak di tahan oleh polis atau JPJ, kalau tidak kan naya tu..... Syukur alhamdulillah, tak jadi apa apa kat sana.
      Baru pagi tadi bini aku poskan ke alamat rumah nya di sana, guna pos laju, esok sampai lah, tapi esok cuti Wesak, nampaknya hari rabu nantilah baru sampai. Tak pee lah asalkan Selamat sudah lah.
      Cerita pasal roadtax ni, sebenarnya cukai jalan cuma RM2.00 saja untuk setahun, Yang mahal nya ialah Insyurance nya, Jumlah semua kena bayar RM155.00, kira mahal tu, Itu baru klas 3, kalau klas 1, berapa agaknya yee?

Ahad, 15 Mei 2011

Muat turun Bacaan Al-Quran.

     Hari ni hari minggu, orang cuti, kita pun cuti lah.... sebenarnya memang tak de kerja pon hari ni. Apa lagi nak keluar ke Bahau, malas..... dengarnya ada Karnival Pertanian, malas nak pergi. Kat rumah apa agi, on internet la. Kali ni download MP3 Al Quran, dari Recitation by Shiekh Saad Al-Ghamdi, Bermula dari surah yang pendek,144-An Naas (terakhir) hinggalah makin ke atas. Sampai ke surah 057-Hadeed, dah mula buat ragam, ianya turun tak habis, jadi tak dapat bukak lah. Ia di turunkan menggunakan fail WinZip (Fail yang di mampatkan) Begitulah seterusnya 056,055,054........... dah tak boleh bukak, sebab surahnya makin panjang2. tak tau kenapa sebabnya ia tak boleh di turunkan. Ni yang buat letih menunggu, dah mula turun, separuh jalan jeee.... terhenti. boring jugak.
      Munkin jugak talian internet ni tak laju, terkedek kedek, tu yang tersangkut sangkut ianya nak di turunkan. Tak pee lah, nak buat cam nee. walau baagaimana pun aku tetap bersyukur jugak banyak sudah surah yang dapat ku turunkan, dapat juga di jadikan panduan dan ikutan bacaan. Setakat malam ni dah ada 65 surah surah pendek yang dapat ku turunkan... Alhamdulillah....................

Sabtu, 14 Mei 2011

Bukak Emel Yahoo

     Dah dekat seminggu juga agaaknya tak bukak blogger ni, bukan nya apa, dah tak tau apa nak di taip, lagi pun badan rasa letih dan penat banyak pulak kerja minggu ni. Lagi satu masalahnya, talian Digi internet ni terlalu lembab minggu ni, ntah apa sebab nya, aku tak tau..... sabar jee lah.
     haa malam ni boleh lah sikit, tapi tunggu nak bukak emel sampai setengah jam, jumlah keseluruhan nak balas 1 emel sampai 1 1/2 jam, cam nee tu, sabar jee laa.  Tu lah yang malas nak bukak emel ni. Lagi pon sape lah yang nak antar emel kat  kita ni, kalau ade pun tu laa..... anak angkat yang sorang dua tu. yang banyaknya, emel dari facebook............ sampai letih nak membuangnya. apakan daya, sabar jee la.
     ok tuu jee lah citer aku hari ni......................... esok2 aku taip lagi.

Isnin, 9 Mei 2011

Win-Zip berkunci.

     Hari ni aku nak citer sikit pasal komputer lah. Citernya pasal WinZip. Perisian Winzip ini bertujuan untuk memampatkan document yang telah kita siapkan untuk di simpan. Selain itu kita boleh menyimpannya di dalam Winzip berkunci (kata laluan). Jadi bermakna orang lain yang tidak tahu kod katalaluannya tak boleh lah nak membukanya. Kira selamat juga lah document rahsia kita.
     Mengikut penyelidikan aku sendiri, hanya WinZip-08 saja yang mudah untuk membuat kunci(kata laluan). Di dalam Laktop baru aku ini sudah tersedia perisian Winzip, tapi winzip-12.(yang terbaru agaknya). patut lah beberapa kali aku mencuba tak boleh nak buatkan kunci fail yang di inginkan. Tidak ada ruang untuk mengisi password, cam ne nak buat............... aku tak faham dan tak tau.
      Dalam komputer lama aku pula ada juga winzip, tapi winzip-08. Haa yang ini mudah caranya kita nak buatkan password. memang ada di sediakan ruang untuk memasukkan kod kata laluan. Boleh lah simpan dengan selamat. Tapi tu lah yang lecehnya, nak buat password kenelah pindahkan document dulu ke komputer lama, dah siap buat kata lalauan, boleh di bawa semula ke laktop. Boleh pulak dia berfungsi. Cuma nak mulakannya saja tak dapat.
      Begitu juga halnya dengan Microsoft Office, pada komputer lama gunakan Microsoft Office 2000, Pada laktop guna Microsoft Office 2007. Microsoft lama mudah buat password (katakunci), pada semua document, samaada microsoft Office, M Excel, M P Point kee, tapi yang baru ni tak boleh buat.... kenapa yee........  munkin aku belum jumpa lagi tak caranya...... Insyaallah lama lama nanti tau lah.....

Ahad, 8 Mei 2011

Di curi oleh kawan

      Kesian Shafiq, merayu rayu dalam telefon suruh datang juga ke asramanya, padahal baru semalam ibunya hantar dia balik. Apa tak nya, seminggu dia cuti sakit batuk2, habis almarinya kena selongkar, hilang segala ubat gigi, berus gigi, sabun basuh, sabun mandi dan lain lain keperluan diri hilang di kebas dek kawan, sampaikan beldi pun hilang Tak patut betul. Bukan itu saja, baju  pun ada yang hilang di kebasnya, siapa lah punya kerja ni, tak patut betul lah diaorang ni buat gitu. Nak buat cam nee.......... kita tak tau sape punya kerja semua ni. Mau tak mau terpaksalah emak bapaknya belikan yang baru. Kalau tak nanti tak bergosok pulak gigi, tak bersabun mandi dan tak bersabun basuh kain baju. Sabar jee lah.............
       Ni petang tadi jenguk la dia kat asrama, bawakan barang yang di perlukan, juga belikan satu mangga kunci baru untuk kunci almarinya, mudah mudahan janganlah lagi hilang di curi oleh kekawan yang tak bertanggung jawap.

Sabtu, 7 Mei 2011

Cucu dah balik

     Malam ni sunyi sepi tanpa suara rengekan Nur Nabila Najwa lagi. Apa tak nya pagi tadi neneknya dah hantar balik, tapi sampai Seremban saja, sebab dah janji bapaknya tunggu dan jemput bawa balik kerumahnya. Sebenarnya bapaknya dah tak dapat cuti kerja, tu pun curi curi masa kerja jemput dari Seremban saja, tak dapat dia nak jemput terus dari sini, sebab jauh. Jadi terpaksalah neneknya hantar separuh jalan.
      Petang tadi pula bini aku hantar Shafiq balik asrama, sebab malam ni ada jamuan makan makan di asrama Shafiq, tu yang balik awal tu. Jadi kini tinggal berdua jee lah lagi kat rumah. Tak pee lah...  nak buat cam nee, dah bagitu kehendaknya. Semuga semua anak anak dan cucu yang jauh di mata tu, berkeadaan sehat walafiat, aman sejahtera, berbahagia selalu dan di lindungi Allah selalu hendaknya. Amin..............

Jumaat, 6 Mei 2011

MUKA SAPE NI

Hari ni aku Muat turun gambar2 pelik dari internet. ni satu yang menarik perhatian aku, betul betul kee atau rekaan jee gambar di bawah ni. Rase nye rekaan jee tu, mane lah ada orang yang rupa cam tu kat dunia ni. Kalau ada................... ITU KEBESARAN ALLAH.............


Rabu, 4 Mei 2011

Shafiq Lawan Catur

     Seawal jam 6.30pg bini aku dah stat kereta, hantar Shafiq kesekolahnya di Lui Barat. Sebenar nya Shafiq di beri cuti (Kuarantin) seminggu tak boleh ke sekolah sebab batuk teruk, di kuatiri sakit TB, sebab ada budak asrama sekolahnya yang dah kena.
      Oleh kerana Shafiq terpilih berlawan catur peingkat daerah, kebetulan sekolahnya pula menjadi tuan rumah pada tahun ini, shafiq terpaksa juga bermain, cikgunya suruh juga. Tak pee lah, dia bukan demam teruk, cuma batuk2 saja.
     Petang  tadi aku pulak lah yang terpaksa menjemputnya balik, jenuh menunggu di depan pintu pagar sekolahnya dari jam 5.30, hingga jam 6.20 baru dia keluar, katanya baru habis lawan untuk hari ini. Aku tanya lah Shafiq cam ne keputusan lawan hari ini, katanya daripada 4 kali lawan, hanya sekali saja kalah, ini bererti 3 kali dia menang. Tahniah lah ayah ucapkan.
      Esok ada lagi sehari perlawanan................ tak tau lah lagi, ibunya ke atau ayahnya yang nak hantar ke sekolahnya. Apa apa pun ayah dan ibu senantiasa mendoakan akan kejayaan anak anaknya.

Selasa, 3 Mei 2011

Bayar Kereta

     Setiap awal bulan pastinya aku kan ke Bahau, kalau tak pun bini aku yang pergi. Apa lagi yang pasti bayar bulanan kereta juga bayar bil api dan air. Baik telefon rumah dah di potong, kalau tak kena bayar free saja tiap bulan, sebab teramat jarang di gunakan, dah tu di kira secara pekej. Pekej kononnya murah.... tapi sebenarnya lagi mahal, tu sebab lah baik potong saja, lagi pun isteri dan semua anak anak dah ada handphone, apa susahanya lagi senang.
      Berbalik pasal bayar kereta tadi, zaman sekarang ni cukup mudah. Tak perlu menunggu lama dan tak perlu jumpa pegawai bank. Jumpa saja mesin deposit tu, Ikut arahan mesin, masukkan no akaun, masukkan duit dan terima resit pembayaran. Dan tak kira hari cuti pun boleh buat pembayaran.... kan senang tu........
       Begitu jugalah hal lainnya dengan bank bank ni, kita nak simpan duit, nak pindah duit, apa lagi nak keluarkan duit, semuanya boleh guna mesin, betapa mudahnya zaman sekarang. Bank bank pula ada mengeluarkan kad kredit atau kat debit untuk kemudahan kita berbelanja di pasaraya2 tanpa membawa duit tunai. kan kah mudah dan sonang tu................   Bersyukurlah selalu dengan kemudahan2 yang Allah Taala beri ciptakan untuk kemudahan manusia.

Isnin, 2 Mei 2011

Naik Buaian

      Setelah berumur 24 hari, baru hari ini Nur Nabila Najwa masuk ke buaian. Neneknya yang resmikan masuk buai. Setelah di enjut enjut.... bukan main lena lagi dia tidur. Sedap dan selesa agaknya rasa di buai. Buai nya buai lama saja, bekas buai Pak Cu nya dulu, masih elok lagi. Cuma kainnya yang di belikan baru. Nak gantungnya pun senang jee, pasangkan penyangkut kat kayu siling, dan gantung dengan rantai, OK tu dah cukup kuat.
      Ayah dia pun dah balik Selangor petang tadi, cuti dah habis. Konon nya tadi emaknya nak bawa balik sama Nur Nabila, tapi entah kenapa tak jadi pulak...... munkin seminggu atau dua lagilah kot. Tak pee lah. Atok dan Neneknya tak kisah pon, nak balik balik lah, dah tanggung jawap mereka. Tak ada hak untuk atok dan neneknya menghalang.
       Mudah mudahan selamat dan berbahagia selalu................ amin.

Ahad, 1 Mei 2011

Cuti Hari Pekerja

      Cuti hari pekerja tahun ni jatuh pada hari Ahad. Ini bermakna cuti di tambah lah lagi sehari sehingga esok. Bagi anak anak yang dah bekerja atau masih bersekolah menarik nafas lega sedikit, dapat cuti lebih sehari. Ada yang balik kampung, namun ada juga yang malas balik, berehat jee kat rumah sendiri atau bersiar siar ke tempat peranginan.
      Bagi aku yang bekerja sendiri ni tak ada istilah hari cuti yang sebenarnya, bila aku teragak cuti, cuti lah, ni cuma kebetulan aku juga cuti hari ni. sebenarnya ada kerja tapi aku tangguhkan sehingga 3 hb esok baru kerja. Lagi pun anak anak ada yang balik kerumah, saudara mara pun ada yang datang berkunjung.
      Lagi satu ada jiran atau kawan kawan yang buat kerja kenduri kahwin. Hari ni jee aku ada 2 undangan majlis perkawinan, aku pergi ke dua dua tempat, tu pun dah tak larat nak makan lagi. Sebenarnya ada sorang lagi jiran tu buat kenduri kawin anaknya, tapi tak sampai pulak kad jemputan ke rumah ku, aku pun tak jumpa dia sejak kebelakangan ni, munkin dia terlupa kut, tak pee lah, aku tak kisah. Memandangkan kawan yg selalu jumpa, elok lah kita mengunjungi majlis mereka. Di suatu masa, kita pun buat kenduri jugak...... cuba bayangkan cam nee kalau rumah kita kenduri, orang pulaukan, orang tak nak datang, tak nak tolong kerja kerja kenduri, boleh menangis tau. jangan main main. Kita hidup di dunia ini kena patut bermasyarakat, kena bercampur dengan orang. Jangan mementingkan diri sendiri saja. Wallahualam.................